IHG HOTELS & RESORT LANCAR JENAMA MEWAH - KOLEKSI VIGNETTE

Hotel X, Brisbane, Australia

IHG Hotels & Resort telah mengumumkan Koleksi Vignette™ sebagai jenama Mewah & Gaya Hidup terbarunya, dengan hotel-hotel di Australian dan Thailand menjadi yang pertama untuk menyertai koleksi ini baru-baru ini.

Koleksi Vignette™ menjadi portfolio jenama yang keenam dalam tempoh empat tahun, menjadikan 17 keseluruhannya melibatkan hampir 6,000 hotel di lebih 100 buah negara. Ia juga memperkaya penawaran Mewah & Gaya Hidup IHG yang ketika ini giat berkembang, kepada pengembara dan pelancong, baik atas urusan perniagaan mahupun santai.

Koleksi Vignette IHG akan memberikan peluang kepada pemilik hotel-hotel independen untuk memanfaatkan skala global kami, kepakaran Mewah & Gaya Hidup serta program ganjaran kesetiaan IHG Rewards, dan pada masa yang sama mengekalkan identiti tersendiri hotel mereka. Sebagai imbalan, IHG akan mengalu-alukan hartanah eksklusif di lokasi urban dan resort tumpuan ramai yang akan merancakkan lagi pertumbuhan kami dan menepati peningkatan keperluan pengembara untuk mendapatkan layanan dan pengalaman berbeza yang tersendiri.

Mencerminkan komitmen tanggungjawab perniagaan Journey to Tomorrow IHG, Koleksi Vignette akan disertakan dengan visi yang dikongsi untuk membentuk masa depan lebih cerah bagi warga tempatan dan komuniti, dan dalam masa yang sama membolehkan tetamu membuat pilihan positif ketika berjauhan dari rumah.

Ketua Pegawai Eksekutif IHG Hotels & Resort, Keith Barr menjelaskan: "Koleksi Vignette baru kami ini membuka jalan kepada IHG untuk mengalu-alukan hotel-hotel independen berkualiti tinggi ke dalam jenama kami, menggabungkan kelebihan tersendiri setiap hartanah tersebut dengan operasi skala global kami yang besar. Seperti yang ditunjukkan oleh hotel terawal di Australia dan Thailand, setiap hartanah kekal dengan keunikan masing-masing, tetapi semuanya akan disokong oleh reputasi dan kualiti IHG yang dipercayai."

"Kami sangat teliti dengan penambahbaikan yang kami lakukan terhadap portfolio Mewah & Gaya Hidup sejak beberapa tahun ini. Dengan lebih daripada 400 hotel dan 100,000 bilik, ia menjadi yang kedua terbesar dalam industri. Memanfaatkan warisan dan kejayaan global jenama InterContinental kami, melibatkan perluasan antarabangsa bagi Kimpton dan Hotel Indigo, serta pengambilalihan Six Senses dan Regent. Kami mensasarkan untuk menarik perhatian lebih 100 hotel Koleksi Vignette dalam tempoh 10 tahun, dan jenama ini akan menjadi tonggak utama bagi mencapai cita-cita kami untuk menjadi pelopor pertumbuhan dalam industri ini."

Antara hotel pertama yang menyertai Koleksi Vignette IHG adalah Hotel X, sebuah hotel lima-bintang dan terletak di lokasi makan dan gaya hidup di tengah-tengah Fortitude Vallley, Brisbane, Australia. Rekaan khusus Hotel X dan kemudahan premiumnya menceriakan kejiranan ikonik Brisbane ini dengan hasil seni menarik, pencahayaan avant garde dan pemandangan kota yang menakjubkan.

Hotel Pattaya Aquatique juga akan menjadi antara yang terawal menyertai Koleksi Vignette. Bekerjasama dengan kumpulan hartanah bersepadu dan gaya hidup terbesar di Thailand, Asset World Corporation (AWC), hotel berkenaan terletak di daerah Aquatique di Pattaya, sebuah destinasi gaya hidup ikonik bandar tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Asset World Corporation Public Company Limited (AWC), Puan Wallapa Traisorat menyatakan: "AWC sangat berbesar hati untuk menjadi rakan niaga pertama untuk melancarkan jenama hotel baru di bawah Koleksi Vignette. Dengan sistem global dan sokongan IHG, kami yakin dengan keunikan hotel kami, The Aquatique, yang terletak di lokasi meriah persisir pantai di Pattaya, akan menjadi tumpuan pengembara yang mencari inspirasi dan pengalaman menakjubkan.”

Memperkenalkan Koleksi Vignette™

Sama ada di tengah bandar atau resort tepi pantai, atau di mana saja, Koleksi Vignette IHG akan menyediakan pengalaman yang lain daripada lain, dengan setiap hotel memberikan layanan dengan perwatakan tersendiri.

Pemilik hotel milik bebas dan rantaian hotel kecil kini semakin tertarik dengan penawaran peralihan yang membawa peluang untuk memanfaatkan skala, kepakaran serta pelaburan perniagaan peringkat global. Hotel yang menyertai Koleksi Vignette IHG akan mendapat akses luas kepada sistem serahan pendapatan dan tempahan pelanggan, kepakaran Mewah & Gaya Hidup, program ganjaran kesetiaan IHG dan penjimatan pembelian. Semua ini juga tidak memerlukan kos pendahuluan yang tinggi dan setiap hotel tetap dapat mengekalkan identiti unik masing-masing.

Bersama dengan manfaat besar kepada pemilik, Koleksi Vignette akan menepati keperluan pengembara dan pelancong yang mencari pengalaman yang kaya dan pelbagai di setiap penginapan mereka, serta menyediakan pilihan destinasi lebih banyak untuk mengumpul mata ganjaran. Tiada tempat lain untuk menikmati semua itu melainkan melalui penawaran ini.

Peralihan lancar bagi hotel-hotel independen yang berkualiti tinggi dan unik serta portfolio kecil lainnya akan merancakkan lagi pertumbuhan IHG dalam pasaran yang bernilai lebih $100 bilion ini, di mana lebih daripada 1.5 juta bilik di peringkat global ketika ini adalah independen. Dalam masa 10 tahun akan datang, IHG menjangkakan Koleksi Vignette kami akan menarik minat lebih 100 hartanah di peringkat global.

Fungsi bertemu kemewahan

Sebagai sebahagian daripada pelan tanggungjawab perniagaan jangka panjang Journey to Tomorrow IHG, kami komited untuk menjaga kepentingan warga, komuniti dan planet ini. Koleksi Vignette kami juga akan menerapkan pendekatan yang sama – IHG akan bekerjasama dengan pemilik hotel untuk menentukan inisiatif pilihan mereka, sebagai sebahagian perkongsian visi yang selari untuk masa depan yang lebih baik bagi warga dalam komuniti tempat mereka beroperasi. Hotel akan diberi sokongan untuk memberi kesan terhadap pemberdayaan belia tempatan melalui dedikasi pembangunan kemahiran, acara di lokasi, dan sukarelawan. Ini akan menyumbang kepada komitmen jangka panjang IHG untuk meningkatkan taraf hidup 30 juta orang dalam komuniti di seluruh dunia menjelang tahun 2030.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI