KOLEKSI EDISI TERHAD MONOPOLY X DUCK KINI DI PASARAN

 

The dUCk Group dengan bangganya menjadi jenama Malaysia yang pertama untuk mengeluarkan permainan berpapan MONOPOLY edisi terhad, yang dikolaborasi bersama dengan Hasbro. Koleksi MONOPOLY x dUCk membawakan skarf edisi terhad, beg beli-belah, ‘keychain’ dan paling menarik sekali, set permainan berpapan MONOPOLY x dUCk – permainan klasik yang disukai oleh lebih satu bilion peminatnya di seluruh dunia.

“Bila saya fikirkan tentang kolaborasi MONOPOLY x dUCk ini, saya benar-benar teruja. Kolaborasi ini menjadikan dUCk sebagai jenama pertama di Malaysia, dan jenama fesyen sopan yang pertama di dunia untuk berganding bahu dengan Hasbro. Langkah ini bukan sahaja menunjukkan kepelbagaian jenama dUCk, tetapi juga perwakilan yang bermakna untuk komuniti hijabi, satu topik yang dekat di hati saya. MONOPOLY merupakan permainan klasik kegemaran ramai anak muda yang sedang membesar dan kami amat gembira untuk berkongsi edisi ini kepada seluruh dunia. Kami lebih daripada teruja kerana berpeluang untuk menerapkan nilai-nilai yang kami pupuk di dUCk ke dalam permainan yang tidak hilang ditelan zaman ini. Kami telah menggabungkan keseronokan pengembaraan, keinginan untuk mengejar cita-cita dan impian, dan yang paling penting sekali, mengeratkan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan. Saya berharap koleksi MONOPOLY x dUCk dapat memberi inspirasi untuk anda mengejar impian!” kata Vivy Yusof, Ketua Pegawai Kreatif dan Pengasas Bersama The dUCk Group.

“Kami gembira kerana dapat menawarkan satu lagi cara yang menarik kepada peminat MONOPOLY untuk berhibur dengan jenama kami. Koleksi premium skarf dan aksesori fesyen MONOPOLY x dUCk menghidupkan semangat permainan ikonik ini yang boleh dirasai oleh peminat dalam semua peringkat umur,” kata Bhavesh Somaya, Pengurus Besar – Asia Selatan, Hasbro.

Jumpa D di GO, wahai dUCkies!

Sebagai permainan berpapan klasik yang telah diberi sentuhan baharu, permainan berpapan MONOPOLY x dUCk membolehkan pemain menyusuri liku-liku kehidupan menerusi lensa D. Pemain memulakan langkah pengembaraan dalam permainan sebagai pelajar, mendapat pekerjaan pertama, menerokai dunia menerusi perjalanan, dan menikmati kehidupan terbaik mereka bersama keluarga dan kawan-kawan. Permainan ini mempunyai pembungkusan premium, merangkumi enam (6) cendarahati dUCk yang merupakan barang kegemaran D iaitu: cawan kopi, kamera, kapal jet, lipstik dUCk, beg beli-belah dUCk dan akhir sekali, itik kecil yang comel. Berbekalkan pengalaman dUCk yang sentiasa menjadi idaman ramai, pemain berpeluang mengumpul kotak-kotak dUCk dan membentuk dUCk tower bagi menggantikan rumah dan hotel yang biasa dihimpun dalam permainan MONOPOLY biasa.

Koleksi MONOPOLY x dUCk direka khas untuk membantu pemain atau dUCkies merasai keseronokan hidup dengan meraikan kemenangan, baik kecil mahupun besar dalam mencapai matlamat hidup mereka sendiri, sambil berkongsi kegembiraan dengan keluarga dan rakan-rakan sepanjang perjalanan permainan ini. Sabtu lalu, dUCk mengejutkan rakan-rakan selebriti serta pelanggan mereka dengan koleksi permainan berpapan MONOPOLY x dUCk edisi terhad sebagai “sneak peek”. Keseronokkan membuka kotak dan bermain permainan MONOPOLY x dUCk buat pertama kalinya telah dikongsikan di laman media sosial.

Bak kata MR. MONOPOLY, “Miliki kesemuanya!” Anda juga boleh memiliki koleksi edisi terhad MONOPOLY x dUCk di www.getducked.com dan aplikasi FashionValet dari 7hb September, mulai jam 10 malam waktu Malaysia.

Ikuti laman Instagram dUCk @theduckgroup untuk perkembangan terkini.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!