OYO LANCARKAN VACCINAID UNTUK BANTU PELAN PEMULIHAN NEGARA


OYO telah memperkenalkan VaccinAid di Malaysia, seiring dengan matlamat Pelan Pemulihan Negara (PPN) Kerajaan dalam meningkatkan keyakinan pelancong serta menghidupkan semula industri pelancongan dan hospitaliti.

Dengan aktiviti-aktiviti pelancongan domestik dibenarkan bagi individu yang lengkap menerima vaksin di negeri-negeri yang telah mencapai sekurang-kurangnya Fasa Kedua PPN, OYO terus menerajui usaha supaya kesemua kakitangan industri hospitaliti dapat menerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). 

Setakat ini, 101 hartanah telah menyertai VaccinAid di Malaysia, dengan lebih banyak pihak dijangka akan menyertai inisiatif ini memandangkan kadar vaksinasi rakyat negara ini juga kian meningkat.

Menerusi VaccinAid, pengguna aplikasi OYO dapat mengetahui hotel-hotel yang mempunyai kakitangan yang telah divaksin, sama ada dos pertama mahupun kedua, ketika mereka sedang menilai pilihan penginapan semasa membuat tempahan.

Tan Ming Luk, Naib Presiden & Ketua OYO Malaysia & Singapura berkata, “OYO percaya bahawa keterlihatan vaksin merupakan faktor penting dalam membina kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan pengguna apabila mereka bersedia untuk kembali melancong. Vaksinasi merupakan inisiatif terpenting dalam menentang penularan virus ini. Dengan vaksinasi besar-besaran sedang giat dijalankan di seluruh negara, keterlihatan status vaksinasi pada aplikasi tersebut melalui pengakuan sukarela merupakan cara yang mudah tetapi berkesan dalam memperkukuhkan keyakinan pengguna. Ini juga merupakan usaha kecil kami dalam menggalakkan penerimaan manfaat vaksinasi dalam kalangan tetamu, serta rakan-rakan hotel kami dan kakitangan mereka.”

“Di negara-negara di mana kami mempunyai cawangan, kami telah menyaksikan peningkatan pesat dalam kadar tempahan di sebarang lokasi yang mana sekurang-kurangnya 40% daripada populasi telah menerima dos pertama vaksin COVID-19. Data terbaharu juga menunjukkan bahawa hartanah yang menyertai program VaccinAid merekodkan kenaikan dalam kadar penginapan sebanyak 220% dan kenaikan pendapatan RevPAR sebanyak 180% berbanding hartanah yang tidak tersenarai,” tambah Ming Luk.

Sebelum pelancaran VaccinAid di Malaysia, OYO telah mengadakan satu tinjauan untuk memahami perkembangan terkini dalam perancangan, tingkah laku dan trend pelancongan dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai persediaan sebelum pembukaan semula sempadan antara negeri. Tinjauan yang telah menarik seramai 380 responden dari seluruh negara itu ingin mengetahui jangkaan responden terhadap standard kebersihan penyedia perkhidmatan hospitaliti dan pengendali tempat tarikan pelancong. Tinjauan tersebut juga bertanyakan beberapa perkara lain yang dipentingkan dalam senarai semak pelancongan, khasnya yang berkaitan keselamatan.

Daripada tinjauan berkenaan, jelas didapati bahawa sebahagian besar daripada responden (83.7%) lebih selesa menginap di sebuah hotel yang mana kesemua kakitangannya telah menerima dos lengkap vaksin COVID-19. Responden juga menyatakan kebimbangan mereka terhadap kemungkinan dijangkiti COVID-19, berdasarkan insiden kesesakan di lokasi-lokasi tumpuan pelancong dan juga disebabkan tindakan pelancong yang tidak mematuhi SOP.

Untuk maklumat lanjut mengenai OYO di Malaysia, sila layari laman https://www.oyorooms.com/my/

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA