TIKTOK MALAYSIA LANCAR LAGU ORIGINAL 'PERIHAL DIRIMU'

Haikal Farid

TikTok, destinasi utama untuk video pendek mudah alih telah mengorak langkah yang mengujakan dalam seleksi muziknya dengan melancarkan Perihal Dirimu, lagu originalnya yang pertama di Malaysia dan Indonesia. Lagu pop nyanyian pencipta muzik Haikal Farid dan Weswey serta hasil nukilan pencipta lagu terkemuka Malaysia, Aubrey Suwito dan penulis lirik hebat Ad Samad, merupakan lagu yang menyentuh hati berkisar mengenai menyayangi diri sendiri dan mencintai diri sebenar pasangan seseorang.

Perihal Dirimu adalah penulisan lagu yang pertama buat Suwito untuk platform ini dan karya beliau sarat dengan penjiwaaan serta perasaan seperti mana yang beliau kenali sepanjang kariernya. Terkenal dengan penulisannya dalam pelbagai lagu tempatan seperti ‘Gemilang’ dan ‘Menuju Puncak’, beliau menghasilkan Perihal Dirimu sebagai sebuah lagu yang ringan melodinya namun membangkitkan semangat dalam penerimaan diri sendiri untuk meniupkan kekuatan kepada pendengar yang terkesan akibat pandemik.

King Weswey

Lagu ini adalah kolaborasi antara TikTok dan label rakaman Rusa Music, yang menampilkan gaya muzik penuh perasaan daripada bakat baharu, Haikal Farid dan Weswey. Pendengar bakal dibuai dengan alunan harmoni oleh pasangan duo ini sambil diiringi petikan gitar akustik yang ceria, satu gabungan yang mengimbau muzik pop era 2000. Pelancaran ini menandakan kolaborasi pertama dua bakat muzik ini yang juga permulaan untuk lebih banyak lagi kerjasama dalam muzik serantau.

Sheau Mei Cheah, Ketua Pemasaran Muzik TikTok Asia Tenggara berkata, “TikTok telah mempelopori platform pencarian muzik, dengan membuka peluang terhadap penemuan ramai artis dan genre baharu. Daripada bakat tempatan seperti Faithlyn, sehingga ke antarabangsa seperti Doja Cat, TikTok terkenal sebagai lubuk bagi bakat muzik dan pelancaran lagu ini bakal mengukuhkan lagi perihal tersebut. Kami sangat teruja untuk Haikal dan Weswey, apabila melihat usaha keras ini bakal mengangkat kerjaya mereka ke tahap yang lebih tinggi. Kami sentiasa berpegang pada misi membawa kegembiraan kepada komuniti melalui kreativiti serta ekspresi tanpa had, dan melaksanakannya dengan melibatkan dua pasaran utama adalah satu usaha yang menakjubkan bagi kami.”

Haikal Farid, penyanyi dari Malaysia berkata, “Usaha sama ini adalah satu peluang yang besar dan saya amat terharu untuk menjadi sebahagian daripada projek yang luar biasa ini. Saya terus jatuh cinta dengan lagu Perihal Dirimu ciptaan Aubrey sejurus mendengarnya buat kali pertama dan saya berbesar hati dapat merakamkan lagu yang menghidupkan semangat positif ini bersama beliau. Bukan itu sahaja, peluang ini juga membawa kepada kolaborasi hebat dengan King Weswey, dan kami berdua berharap lagu ini dapat menaikkan semangat mereka yang terkesan akibat pandemik agar kita dapat terus menjalani hari-hari mendatang dengan lebih baik.”

Weswey menambah, “Bagi saya, projek ini adalah pengalaman yang sangat berharga kerana dapat berkolaborasi dengan pemuzik dari luar Indonesia, seperti Haikal. Menyanyikan Perihal Dirimu bersama beliau adalah sesuatu yang menyeronokkan, dan saya harap kami berpeluang untuk bersama-sama menghasilkan lebih banyak lagi muzik pada masa hadapan. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada produser dan pencipta lagu, Aubrey, yang menjadikan proses kreatif penuh dengan keceriaan sehinggakan kami semua senang untuk bekerjasama.”


Pra-pelancaran Perihal Dirimu secara eksklusifnya telah disiarkan di TikTok pada 3 September, dan akan disiarkan di semua platform penstriman digital pada 10 September. Video lirik lagu tersebut juga akan disiarkan pada masa yang sama. Sempena meraikan pelancaran Perihal Dirimu, TikTok Malaysia dan TikTok Indonesia telah melancarkan cabaran tanda pagar #DuhaiGadisku pada 4 September 2021. Peminat dialu-alukan untuk berkongsi mesej positif bersama yang tersayang sambil diiringi alunan indah lagu Haikal Farid dan Weswey.

Muat turun atau layari aplikasi TikTok sekarang untuk mendengar Perihal Dirimu. TikTok boleh dimuat turun secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA