CITARASA MIAOW MIAOW CETUS NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK

Pada musim perayaan ini, Miaow Miaow berhasrat untuk membawa anda kembali ke zaman kanak-kanak, satu hidangan nostalgia suatu ketika dahulu dengan makanan ringan dan perisa klasik mereka.

Ramai di antara kita berkongsi kenangan manis ketika menikmati snek Miaow Miaow selepas sekolah atau semasa menonton televisyen bersama keluarga dan rakan-rakan. Logo dan pembungkusan yang dikenali tidak pernah gagal menghidupkan semula kenangan membuka kerajang aluminium dan disambut dengan perisa dan bauan…anda tidak pernah melupakan kelazatan kerangupan pertama anda.

Menurut pengasasnya, adik beradik Encik Chink Poh Cheng dan Encik Chuang Poh Lim, Miaow Miaow merupakan jenama keluarga yang diutamakan. Encik Chink berkata, “Kebanyakan ahli keluarga kami masih lagi terlibat dalam pelbagai aspek perniagaan dan kami percaya snek klasik Miaow Miaow boleh membantu rakan-rakan dan keluarga berhubung semula melalui kenangan bersama untuk menikmati hidangan yang enak.”

Tambah Encik Chuang “Musim perayaan yang akan datang dan pemansuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermakna lebih ramai orang akan berkumpul dan bersosial dengan lebih kerap, dan cara yang lebih baik untuk mengimbau dan mengeratkan lagi hubungan adalah dengan makanan ringan Miaow Miaow yang enak.”

Bermula secara sederhana pada tahun 1975 sebagai perniagaan keluarga di Batu Pahat, Johor, Miaow Miaow kini telah berkembang menjadi salah satu pengedar makanan ringan terkemuka di Malaysia. Sehingga kini, Miaow Miaow disayangi di seluruh dunia dan dinikmati oleh semua masyarakat pelbagai peringkat umur di lebih 40 buah negara.

Antara snek mereka yang terkenal dan digemari ialah Keropok Udang Miaow Miaow, Snek Kekacang Hijau, Keropok Perisa Sotong, Keropok Kentang, Gegelang Perisa Keju, Keropok Perisa Ayam, dan Snek Berperisa Pedas dan Berempah.

Bersedia untuk mengembara ke masa lalu sambil menemui kembali rasa snek ikonik zaman kanak-kanak di Malaysia. Anda boleh mendapatkan snek Miaow Miaow di peruncit utama seperti AEON, Econsave, Giant, Mydin dan The Store.

Ikuti Miaow Miaow di media sosial:


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING