FILEM 'AH GIRLS GO ARMY’ BERKAWAT KE PAWAGAM FEBRUARI INI

 

Selepas kejayaan luar biasa siri filem 'Ah Boys to Men', pengarah filem terkenal Singapura, Jack Neo kembali dengan buah tangan terbaharunya sempena sambutan Tahun Baharu Cina berjudul 'Ah Girls Go Army’! 

Atas faktor situasi pandemik yang sukar dijangka, Jack dan barisan pelakon-pelakon wanita filem itu termasuk Apple Chan, Ke Le, Belle Chua, Xixi Lim beserta satu-satunya pelakon lelaki utama filem berkenaan, Glenn Yong terpaksa menganjurkan sidang media filem mereka secara dalam talian untuk liputan media Malaysia.


BERAPA BANYAK SEKUEL YANG BAKAL DITERBITKAN?

Ketika ditanya mengenai bilangan sekuel filem 'Ah Girls Go Army', Jack menjawab, "Tiada jangkaan. Kita akan lihat sambutan penonton." Dia mengakui bahawa kejayaan sekual 'Ah Boys to Men' sebelum ini adalah amat tidak disangka. Ujarnya lagi, "Saya terus menghasilkan sekuel kerana sokongan dan sambutan penonton." Mengenai jangkaan pencapaian pecah panggung (box office) pula, Jack tidak meletakkan harapan tinggi dan hanya berazam untuk terus menerbitkan filem baharu. Bagaimanapun, pengarah itu mengakui dia mengalami tekanan tertentu selepas kejayaan filem-filem terdahulunya. Biarpun 'Ah Girls Go Army' menerapkan genre sama dengan 'Ah Boys to Men', cabarannya tetap ada. Pihak produksi terpaksa berhempas pulas mendapatkan idea untuk jalan cerita filem ini yang hanya berlandaskan imaginasi semata-mata, berbeza dengan filem-filem terdahulu. Sementara itu, filem ini turut memuatkan sarikata dalam Bahasa Malaysia untuk menarik perhatian penonton Melayu memandangkan hampir keseluruhan pertuturan dalam filem ini adalah dalam Bahasa Inggeris.

SEMUANYA BERBAKAT

Pembikinan filem ini sangat mencabar memandangkan kebanyakan pelakon watak tentera wanitanya tidak ada asas ketenteraan. Ujar Jack, semua pelakon diberitahu untuk "go all in" untuk filem berkenaan ketika proses pemilihan. Hasilnya, Jack berpuas hati dengan mutu lakonan mereka dan berkata, "Saya percaya semua gadis itu benar-benar memahami maksud "go all in" untuk filem ini!"


KE LE (PUTERI SEE) BERASAL DARI MALAYSIA

Pelakon Ke Le yang dipilih khas oleh pengarah filem ini, diberi kepercayaan memegang watak Princess See, seorang puteri yang kaya raya namun 'hancur' ketika bertutur dalam bahasa Inggeris (broken English). Ke Le sebenarnya berasal dari Johor Bahru dan bapanya dari Ipoh, Perak. Dia sempat berkongsi pertuturan dalam bahasa Kantonis ketika sidang media. Walau bagaimanapun, Pengarah Jack menjelaskan bahawa Ke Le yang bertutur broken English dalam filem itu hanyalah improvisasi pelakon itu. Dia berkata, "Tiada sesiapa yang dapat menyalin bahasa Inggerisnya dalam filem itu kerana ia sangat teruk! Saya langsung tidak tahu apa yang dia katakan dalam filem itu dan ia sangat kelakar!” Dalam pada itu, pelakon, Xixi Lim ketawa sambil berkata pasukan pasca produksi terus menghubungi pengarah kerana "mereka langsung tidak faham dengan Bahasa Inggeris si puteri ini."

Sementara itu, menyentuh mengenai satu-satunya pelakon utama lelaki dalam filem berkenaan, Jack memberitahu, Glenn Yong yang memegang watak sebagai ketua platun, CK Chow ialah pelakon terakhir yang terpilih kerana peranan itu pada awalnya diputuskan untuk pelakon lain. Dia kemudian menjelaskan, “Saya agak risau pada mulanya memandangkan Glenn hanyalah penolong ketua platun awam semasa tempoh perkhidmatannya dalam kehidupan sebenar. Nasib baik, dia akhirnya berjaya menghayati watak 'Sarjan Chow'."


Dalam filem itu, Xixi (pemegang watak ibu tentera) tidak berasa sedih ketika kepalanya ditutup dengan seluar dalam oleh komander dalam filem itu kerana dia terlalu bergelut dengan hukuman tikam tubi. Dia menjelaskan, "Disebabkan saiz badan saya yang terlalu besar, saya rasa ingin mengambil dua kali ganda tenaga pelakon lain semasa penggambaran filem itu. Pada masa itu, saya takut saya tidak dapat mengejar status fizikal mereka. Namun, saya sangat terharu dengan sokongan mereka yang tidak putus-putus yang membolehkan saya meneruskan penggambaran.” Jack juga sempat mengusik Xixi bahawa dia akan mendapat kejayaan menerusi persembahan lakonannya kali ini seperti yang dinanti-nantikan penonton.

Sebaliknya, Apple yang telah meninggalkan layar perak selama hampir dua tahun berkata, peranannya sebagai Roxanne Tan dalam 'Ah Girls' dan peranannya sebagai Leftenan dalam 'Ah Boys 4' sangat berbeza dalam banyak aspek. Dia menjelaskan, "Sebelum ini dalam 'Ah Boys 4', saya adalah satu-satunya gadis dan semua orang sangat menjaga saya. Walau bagaimanapun, saya terpaksa melalui pengalaman berlakon bersama-sama dengan gadis-gadis lain dalam 'Ah Girls' dan saya sangat berbangga dengan mereka. Hubungan kami semakin baik antara satu sama lain dan banyak berborak mengenai hal-hal wanita seperti krim pelindung matahari. Perbualan seperti ini tidak berlaku dalam ‘Ah Boys’.” Selain itu, Apple juga berkata ini merupakan kali pertama dia menyertai filem yang membariskan ramai pelakon wanita. Dia berkata sukar untuk berdiet dengan semua makanan yang dibawa oleh mereka ke set. Sementara itu, Xixi menjawab, "Apple akan menjadi stik di set untuk kru walaupun tidak ada adegan dia. Ia sangat pelik.”


Ketika ditanya tentang perasaannya dikelilingi oleh ‘gadis-gadis’, Glenn tertawa dan berkata, "Ia adalah dua bulan paling menggembirakan untuk saya." Glenn memberitahu bahawa suasana penggambaran filem itu sangat ceria sambil menjelaskan bahawa beberapa isyarat yang dibuatnya mungkin bukan masalah besar kepada lelaki, namun, isyarat itu mendapat sorakan gembira sekaligus mengundang tawa. Dalam pada itu, wataknya memerlukan dia banyak menjerit. Ujar Glenn, situasi itu melemahkan pita suaranya. Namun, dia tersentuh dengan gadis-gadis yang membawakan madu dan gula-gula herba untuk melegakan tekaknya.


Apabila ditanya pendapatnya mengenai penampilan sulung filem Tahun Baharu Cina Mark Lee yang turut ditayangkan pada masa yang sama, Jack bergurau, “Hal ini sangat sensitif tetapi ada ‘nilai’ berita bukan? Sejujurnya, bagaimana lelaki tua itu - Mark, boleh menumpaskan gadis-gadis kami? Saya hanya perlu mengeluarkan dua daripada mereka (gadis-gadis) dan dia akan jatuh. Itu sahaja.” Dia kemudian mahu memastikan kenyataan itu direkodkan lantas berseloroh, "Bahagian ini pasti sampai ke Mark!" Ujarnya lagi selepas gurauan itu, “Ia sangat sukar untuk industri filem tempatan hari ini. Bukan bertujuan untuk menghalang penonton menonton filem lain, tetapi untuk menyokong produksi tempatan terlebih dahulu. Malah, Malaysia juga telah menghasilkan banyak filem sempena Tahun Baharu Cina. Saya harap semua orang dapat menyayangi dan menyokong antara satu sama lain.”

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO