KASIH MEKAR, KENANGAN KEKAL: RAIKAN HARI VALENTINE DENGAN SENTUHAN LEGO
Bosan dengan cara lama menyambut Hari Valentine? Tahun ini, The LEGO Group tampil dengan kelainan menerusi kempen Keep It Fresh: Love That Lasts with LEGO® Botanicals. Bukan sekadar memberi bunga, kempen ini mengangkat kreativiti sebagai "bahasa cinta" yang lebih bermakna.
Daripada acara pop-up Bloom Bar di The Starhill KL hingga kelibat Bloom Squad yang bakal membuat kejutan di sekitar ibu kota, mesejnya mudah: kenangan yang paling indah bukan datang daripada pemberian semata-mata, tetapi daripada detik yang dibina bersama – bata demi bata.
Nina Patricia Da Costa, Pengurus Besar The LEGO Group (Singapura, Malaysia, dan APAC Travel Retail), menjelaskan bahawa kempen ini ingin lari daripada kebiasaan. "Kami mahu memberi nafas baharu kepada sambutan Valentine. Fokusnya adalah meluangkan masa berkualiti untuk mencipta sesuatu yang indah bersama pasangan, jauh lebih bermakna daripada cara konvensional," katanya.
Bloom Bar: Taman Bunga LEGO di Tengah Kota
Sepanjang 10 hingga 15 Februari, ruang legar The Starhill KL akan bertukar wajah menjadi taman rahsia yang memukau. Selain sudut bergambar yang Instagrammable, pengunjung boleh menyertai bengkel Make & Take untuk membina sendiri bunga mawar dalam pilihan warna hitam misteri, merah klasik, atau merah jambu romantis.
Jangan lepaskan peluang untuk meninggalkan jejak kreatif anda di ladang tulip kolaboratif yang bakal menjadi karya komuniti yang penuh warna-warni. Sebagai tarikan utama, sebuah Mercedes-Benz A250 yang dihiasi megah dengan bunga LEGO Botanicals turut dipamerkan, melambangkan gabungan antara kemewahan dan kreativiti tanpa batas.
Jejaki Bloom Squad di Sekitar Lembah Klang
Mulai 7 hingga 14 Februari, perhatikan kelibat Bloom Squad di lokasi-lokasi tumpuan seperti Pavilion KL, KLCC, Mid Valley, One Utama, dan Sunway Pyramid. Mereka bukan sekadar hadir untuk memeriahkan suasana, tetapi akan mengedarkan bunga mawar segar serta baucar eksklusif yang boleh ditebus untuk set LEGO Botanicals Roses di cawangan terpilih.
Koleksi Baharu & Tawaran Menarik
Sama ada anda peminat setia atau baru ingin mencuba, koleksi Botanicals musim ini tampil lebih variasi dengan set baharu:
- Sejambak Tulips (11501) & Peace Lily (11504)
- Daisies (11508) & Flower Wall (11503)
- Peneman Comel: Golden Retriever Puppy (11384) dan Love Birds (21365).
Jangan Terlepas Promosi Eksklusif:
- Lazada & Shopee: Belanja minimum RM520 untuk dapatkan Bloom Together Kit eksklusif.
- Elmina Lakeside Mall (6–8 Feb): Kit yang sama boleh ditebus dengan perbelanjaan minimum RM400.
- Edisi Terhad: 50 pelanggan terawal di The Starhill KL pada 13 dan 14 Februari berpeluang membawa pulang Botanical Rose Vase yang cukup istimewa.
Untuk info lanjut mengenai promosi dan koleksi penuh, layari laman rasmi LEGO Malaysia atau kunjungi stor rasmi mereka di Lazada dan Shopee.
Comments
Post a Comment