ALAMANDA BAWAKAN KERIANGAN TAHUN BAHARU CINA


Sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina (CNY), Pusat Membeli belah Alamanda (Alamanda) meraikan keceriaan perayaan bersama kanak-kanak dari Persatuan Kebajikan Anak Anak Yatim Sayang KL dan Selangor.

Pada 26 Januari 2022, sekumpulan 15 kanak-kanak berumur di antara 2 hingga 12 tahun telah diraikan dengan sambutan perayaan yang penuh bermakna di Alamanda. Mereka telah disantuni oleh pihak pengurusan setibanya mereka di perkarangan Alamanda dan disajikan dengan makan tengahari CNY yang istimewa di Secret Recipe.


Untuk memeriahkan acara lagi, kanak-kanak ini dibawa menaiki tunggangan permainan di dalam pusat membeli belah sebelum dibawa ke Centre Court untuk menyaksikan persembahan tarian singa. Kanak-kanak ini juga menerima Ang Pow dan limau mandarin oleh Pang Sook Fong, Pengurus Besar Alamanda, sebagai sebahagian dari tradisi sambutan Tahun Baharu Cina. Lebih bermakna lagi apabila rakan niaga yang lain turut menyumbang snek dan barangan lain kepada kanak-kanak ini.


Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, “Tahun Harimau melambangkan permulaan baharu ketika mana kita berada dalam pemulihan dari pandemik ini. Ia juga merupakan waktu terbaik untuk merasai kembali beraya bersama-sama. Walaupun beraya di samping rakan-rakan dan keluarga adalah penting, kita mesti sentiasa mengingati mereka yang serba kekurangan. Justeru itu, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), kami rasa begitu bertuah untuk menjadi hos kepada kanak-kanak ini dan begitu berharap acara ini akan mejadi kenangan yang tak dapat dilupakan untuk mereka.”


Puan Foo Jong Hong, selaku penjaga Persatuan Kebajikan Anak Anak Yatim Sayang KL dan Selangor, berkata, “Layanan istimewa CNY daripada Alamanda ini begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini. Ketika orang lain berpeluang meraikan CNY bersama yang tersayang, kanak-kanak ini menyambutnya kali ini bukanlah hanya sekadar menerima angpow atau barangan, tetapi layanan dah perhatian yang istimewa.”

Comments

Popular posts from this blog

EKSKLUSIF: BUKAN SEKADAR FILEM AKSI, 'HUNTER ELEVEN' ADALAH MISI MALAYSIA MENAKLUK SINEMA DUNIA

SOARING CREATIVITY: PAVILION HONG KONG MERIAHKAN BOOKFEST @ MALAYSIA 2026

ORANG RAMAI BERATUR PANJANG DI SELURUH NEGARA KETIKA SHOPEE BELANJA RAKYAT MALAYSIA BUTTERCRÈME LATTÉ PERCUMA DARIPADA ZUS COFFEE SEMPENA RAYA

EARLY AUTISM PROJECT MENGANJURKAN RUN FOR AUTISM 2026 SEMPENA ULANG TAHUN KE-20 UNTUK MENGUMPUL DANA BAGI INDIVIDU DENGAN AUTISME