BERHUBUNG SECARA PERCUMA DENGAN PROMOSI YOODO & SAFI


Apabila anda keluar untuk membeli pencuci muka Safi, air micellar atau essences, perhatikan jalur merah salmon yang terdapat pada bungkusan untuk mendapatkan kad SIM Yoodo secara percuma dengan data kelajuan tinggi sebanyak 5GB! Promosi ini adalah kerjasama khas antara Yoodo – syarikat telekomunikasi boleh ubah suai sepenuhnya dan 100% digital pertama di Malaysia – dan Safi, jenama penjagaan kulit Halal yang terkenal dan dipercayai di Malaysia.

Mengulas mengenai pengumuman tersebut, Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo, berkongsi bahawa langkah strategik tersebut memberi peluang kepada setiap pelanggan Safi untuk merasai pengalaman penyesuaian dan sentiasa berhubung dengan Yoodo. “Kami kini menawarkan ketersambungan, fleksibiliti dan kepuasan pelanggan kepada segmen populasi yang lebih luas berbanding sebelum ini, seperti mereka merasai sendiri yang terbaik dalam bidang kecantikan Halal. Ia adalah satu kerjasama yang sukar ditolak dan situasi sama menang ini untuk kedua-dua jenama utama Malaysia.”

Tambah Tuck Mun, pengguna baharu Yoodo mempunyai faedah tambahan yang menanti sebaik sahaja mereka menerima kad SIM Yoodo. “Para pengguna yang mengaktifkan talian Yoodo akan menerima 5GB data berkelajuan tinggi dengan percuma. Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan Yoodo untuk meningkatkan akses kepada ketersambungan di negara ini, untuk memastikan rakyat Malaysia kekal berhubung dengan orang yang tersayang tanpa mengira waktu.”

“Salah satu daripada etos jenama kami di Safi adalah untuk menawarkan rangkaian produk penjagaan kulit berkualiti tinggi kepada para pengguna yang diilhamkan dari alam semula jadi dan sains yang disokong oleh Institut Penyelidikan Safi dengan teknologi berevolusi untuk memberikan wanita penjagaan kulit yang terbaik dan moden selaras dengan pegangan agama Islam,” kongsi wakil Safi. “Kami berbangga dapat berkolaborasi dengan Yoodo dan memberi ganjaran kepada para pelanggan untuk memperkasakan wanita untuk kekal yakin, sambil kekal berhubung dengan rakan-rakan dan juga keluarga.”

Para pelanggan yang membeli mana-mana produk penjagaan kulit Safi bernilai RM15 dan ke atas dalam satu bil akan menerima kad SIM Yoodo secara percuma. Promosi ini boleh didapati di semua cawangan Mydin bermula hari ini dan juga mulai 1 Februari 2022 di semua cawangan Econsave dan Guardian.


Promosi istimewa daripada Yoodo dan Safi ini akan berlangsung sehingga 31 Mac 2022 di semua cawangan Mydin dan sehingga 20 April 2022 di semua cawangan Econsave dan Guardian di seluruh negara, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.yoodo.com.my/safi/ atau laman Facebook Safi Malaysia.

* Percuma kad SIM Yoodo dengan setiap pembelian produk penjagaan kulit Safi bernilai RM15 dalam satu bil


Comments

Popular posts from this blog

PUBG MOBILE CAMPUS CHAMPIONSHIP 2022 KINI KEMBALI! PELUANG TERAKHIR KE PMNC 2022!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3