COOX PENUHI PERMINTAAN DENGAN LEBIH BANYAK RUANG DAPUR

 

Jenama cloud kitchen COOX telah melancarkan stor mercunya di pusat membeli-belah Glo Damansara di TTDI baru-baru ini. Ruang dapur yang lengkap dan berkonsepkan “cloud kitchen” ini menawarkan lebih 4,500 kaki untuk pelbagai penyedia makanan dan minuman bagi membina dan mengembangkan perniagaan mereka walaupun dalam keadaan pasaran yang mencabar.

Dirasmikan oleh pengasas bersama COOX dan mantan Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, majlis pembukaan rasmi telah diserikan dengan kehadiran ahli-ahli perniagaan dan VVIP termasuk Taylor’s Group President of TEG Assets Sheena Angelina, Berjaya Group Senior Business Development Manager Christina Thong, pitchIN CEO Sam Shafie, WORQ co-founder & CEO Stephanie Ping dan ramai lagi.


Renovasi untuk lot tambahan keempat telah berjaya disiapkan baru-baru ini dengan keluasan tambahan 1,000 kaki persegi di Glo Damansara. Lokasi utama ini telah disewa oleh pelbagai pengusaha F&B seperti Cold Stone Creamery, The Manhattan FISH MARKET, NY Steak Shack dan banyak lagi.

“Kami merasa gembira dengan adanya peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi korporat yang sejiwa seperti Glomac Berhad. Kerjasama ini telah membantu untuk menjadikan lokasi utama kami di Glo Damansara satu kejayaan,” kata pengasas bersama COOX dan CEO Ken Lee.

“Dengan memanfaatkan rangkaian dan kepakaran industri daripada kelima-lima pengasas bersama COOX, kami sedang bersiap sedia untuk mengulangi model perniagaan ini di lokasi kedua kami di Lembah Klang iaitu di Lakeside Campus, Taylor's University di Subang Jaya,” kata Mr. Lee.


Dalam majlis pelancaran yang sama, Mr. Lee juga telah mengumumkan ketersediaan aplikasi mudah alih COOX, yang boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store untuk memudahkan para pelanggan untuk memesan hidangan kegemaran mereka sama ada untuk penghantaran, ambil sendiri atau makan di ruang makan terbuka di hadapan kedai COOX, Glo Damansara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://coox.asia/

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM