RAJA MUDA SELANGOR MELAWAT RUMAH TERJEJAS PASCA BANJIR


Program Kita Bantu anjuran Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) merupakan sebuah inisiatif untuk membantu individu serta keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda. 


Sejak tercetusnya idea ini pada April 2020, program Kita Bantu telah menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada golongan yang terkesan antaranya keluarga B40, pelajar, peniaga kecil, petugas barisan hadapan dan yang terbaru, golongan yang terjejas oleh banjir besar pada Disember 2021. Setakat Januari 2022, sebanyak 50,405 penerima telah mendapat manfaat daripada sumbangan orang ramai dan pihak korporat seperti Sunway Group yang telah dikumpulkan melalui inisiatif Kita Bantu.


Pada kali ini, sumbangan telah diberikan oleh Lau Gek Poh Foundation diwakili oleh Encik Gary Pang, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Perniagaan Hap Seng Consolidated Berhad yang telah disampaikan kepada Duli Yang Teramat Mulia (D.Y.T.M.) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor bagi membantu mengurangkan beban buat mereka yang terkesan dengan banjir di Selangor pada penghujung Disember 2021.


Sebanyak 50 buah keluarga telah menerima sumbangan yang bertempat di Kampung Kebun Bunga Shah Alam. Sumbangan termasuk makanan basah dan kering, pek penjagaan kesihatan, barang keperluan elektrik, alatan pembersihan, dan sebagainya yang diperlukan oleh mangsa banjir untuk bangkit semula daripada musibah yang melanda. Bantuan barangan elektrik seperti pengisar, cerek jag elektrik, dapur das, dan periuk nasi merupakan antara barangan yang diterima oleh penduduk di kawasan lain seperti Sungai Lui dan Batu 13, Puchong yang terjejas pasca banjir.


Sejak bermulanya banjir, pihak SAY bersama YRMS telah bertungkus lumus untuk membantu mereka yang terkesan di beberapa daerah sekitar Selangor. Antaranya di Kuala Langat (melalui Majlis Belia Malaysia), Hulu Langat (melalui Yayasan Sukarelawan Siswa), Petaling serta Klang. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.selangoryouth.com

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM