SERLAHKAN KECANTIKAN ANDA BERSAMA EVOLCARE DI LALAPORT

 

Evolcare, jenama penjagaan kulit pek kembara yang pertama yang dirumuskan dengan 100% bahan aktif semula jadi dan tidak memudaratkan akhirnya membuka outlet runcit pertamanya di Malaysia, bertapak di Mitsui Shopping Park LaLaport, Bukit Bintang City Centre.

Dengan penampilan yang mesra, minimalis dan bertenaga, setiap sudut kedai seolah-olah mengalu-alukan pengunjung untuk meneroka misi jenama ini dalam membantu para peminat kecantikan untuk mendapatkan kulit yang berseri dan awet muda. Evolcare berhasrat untuk memberi inspirasi kepada pengguna supaya lebih peka terhadap penjagaan dan kesihatan kulit, serta kesedaran terhadap alam sekitar. Pelanggan boleh mencuba sampel di ruang yang luas, memperoleh rangkaian lengkap penjagaan kulit yang sesuai, mendapat nasihat dengan penasihat produk yang terlatih dan menikmati pengalaman membeli belah secara santai.


Sempena acara pembukaan kedai, Darren Teoh, Pengarah Evolcare Malaysia, berkata bahawa penjagaan kulit merupakan penjagaan diri dalam bentuk fizikalnya yang sebenar dan inovasi jenama ini membolehkan rutin tersebut mudah diamalkan.

“Evolcare ialah simbol ‘kasih sayang dan penjagaan’. Rangkaian produk kami bertujuan untuk bertindak sebagai buih keselamatan yang melindungi kulit daripada kesan mudarat luaran. Semua produk kami dicipta oleh pakar penjagaan kulit global, selaras dengan kepercayaan kami terhadap penjagaan kecantikan yang bersih, semula jadi dan mampan,” katanya.

Produk Evolcare dirumuskan di Switzerland dan disaring 100% daripada bahan aktif semula jadi dan tidak memudaratkan, yang diperoleh dari seluruh dunia. Sebagai produk penjagaan kulit pek kembara yang pertama, jenama ini menyasarkan untuk beralih kepada pembungkusan yang boleh dikitar semula dan mampan dengan sepenuhnya pada tahun ini untuk menyertai 50% daripada pembungkusan mereka yang mesra alam dan biodegradasi.

Ikuti Evolcare di Instagram @evolcaremy atau laman web di www.Evolcare.com untuk maklumat lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA