KUMPULAN MULTIMEDIA ANJUR LAWATAN AMAL TAHUN BARU CINA

 

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba, kakitangan Kumpulan Multimedia bersama maskot harimau UHuu dan artis mengadakan lawatan amal ke rumah warga emas dan anak-anak yatim di Klang, baru-baru ini.


Lawatan amal pada Sabtu lalu diadakan di Pusat Jagaan Rumah Orang Tua Chik Sin Thong Klang dan Pantai, Persatuan Jagaan Kanak-Kanak Ekliptik Klang dan Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih. Keperluan makanan dan Angpau disampaikan kepada penghuni di rumah-rumah tersebut.


Suasana kunjungan dimeriahkan dengan Pengarah Urusan Kumpulan Multimedia Datuk Steven Lim Boon Siong bersama pengarah filem Teng Bee dan barisan artis Joey leong, JieYing dan Jonathan Lee mempersembahkan beberapa lagu termasuk lagu Tahun Baru Cina. Kemunculan maskot harimau Uhuu menambahkan lagi keceriaan warga emas dan anak-anak yatim.

Steven berkata, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu menghalang Kumpulan Multimedia daripada membuat aktiviti amal sebelum sambutan Tahun Baru Cina.



“Tahun ini, hasrat kami membantu golongan memerlukan sempena peraayan ini dapat dilaksanakan dan kali ini, kami membawa maskot harimau Uhuu bertemu dengan penghuni-penghuni rumah warga emas dan anak-anak yatim. Diharapkan kunjungan kami menaikkan semangat dan menyerikan sambutan Tahun Baru Cina mereka,” katanya.

Menurut Steven, lawatan amal tersebut pada masa sama bertujuan memberi kekuatan kepada kakitangan Kumpulan Multimedia serta semua pihak terlibat supaya tidak berputus asa dan meneruskan perjuangan pada pandemik ini.


“Tahun ini adalah tahun Harimau Air yang memberi signifikasi istimewa kerana ia melambangkan harimau Malaya yang semakin terancam di negara ini. Haiwan ini melambangkan keberanian, integriti serta perpaduan. Oleh itu, bersama-sama kita semua berganding bahu supaya rakyat dan negara ini mencapai kemakmuran!” katanya.

Turut memeriahkan lawatan amal tersebut adalah Pengurus Besar Kumpulan Multimedia, Datin Vince Chin, Pengarah syarikat Lim Boon Han dan juga rakan-rakan kongsi.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING