SMALL TOWN HEROES KISAH INSPIRASI MENYENTUH HATI


SMALL TOWN HEROES, filem yang bakal ditayangkan di pawagam semasa Tahun Baru Cina dipersembahkan oleh Sunstrong Entertainment, sebuah produksi LOMO Pictures, diedarkan oleh GSC Movies dan diarahkan oleh Ryon Lee.


Setelah setahun penonton tidak dapat ke pawagam semasa Tahun Baru Cina, filem SMALL TOWN HEROES bakal menggegarkan pawagam dengan kisah yang padat dengan suka duka kehidupan Hero dan Feng. Filem ini diarahkan oleh Ryon Lee dan dilakonkan oleh Layla Sania, Jack Lim, Phua Chandler, Roger Shak dan Yuan Teng. Filem ini bakal memberi inspirasi kepada kita semua agar berani mengejar impian dan menjadikan diri sendiri sebagai wira dalam kehidupan.


Anda pasti akan terhibur dengan lakonan pelakon veteren komedi Jack Lim dan berasa kagum dengan kepetahan Layla Sania bertutur dalam bahasa Mandarin serta bakat pelakon kanak-kanak Phua Chandler dan Roger Shak di dalam filem SMALL TOWN HEROES.


Selain daripada itu, penggambaran filem yang telah dibuat di Pulau Pinang bakal menyajikan sinematografi yang sangat indah dan menakjubkan seperti di Bukit Katak, sebuah kuari terbengkalai di Kampung Guar Petai. Tempat ini sangat terkenal kerana tasiknya yang berwarna biru kehijauan. Filem ini juga merakamkan saat-saat akhir perkhidmatan feri ke Penang yang kini telah dihentikan buat selama-lamanya.


Rakan media SMALL TOWN HEROES adalah MY, MELODY and GOXUAN. 


Untuk maklumat lanjut sila layari: www.gscmovies.com.my

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM