'TOO COOL TO KILL' BAKAL GEMPARKAN PAWAGAM FEBRUARI INI


Filem blockbuster dari negara China ini berkisar tentang seorang pelakon amatur Wei Cheng Gong (Wei Xiang) yang bercita-cita untuk menjadi bintang filem. Beliau telah bertemu dengan bintang filem wanita terkenal, Mi Lan (Ma Li) dan pengarah (Huang Cai Lun) dengan tidak sengaja. Wei Cheng Gong telah diberikn watak peneraju utama “Killer Karl”. Tanpa disedarinya, ia merupakan satu muslihat yang telah dirancang oleh Mi Lan bersama pengarah tersebut.


Mi Lan dan pengarah sebenarnya diburu oleh sekumpulan samseng, manakala kumpulan samseng tersebut pula diburu oleh seorang pembunuh misteri bernama Karl. Jadi, bagi melepaskan diri dari diburu oleh kumpulan samseng, mereka menipu Wei Cheng Gong untuk menyamar sebagai Karl. Wei Cheng Gong dengan tanpa mengetahui apa-apa bergantung kepada nasib dan dan bakat lakonannya yang "hebat" untuk menghadapi kumpulan samseng tersebut.


Too Cool To Kill
Bahasa: Mandarin
Sarikata: English / Malay / Chinese
Klsifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 24 Feb 2022
Genre: Komedi
Pengedar: Mega Films Distribution Sdn Bhd, Longhouse Films, Infinity Pictures
Pelakon: Ma Li, Wei Xiang, Chen Minghao
Pengarah: Xing Wenxiong
Format: 2D




Comments

Popular posts from this blog

EKSKLUSIF: BUKAN SEKADAR FILEM AKSI, 'HUNTER ELEVEN' ADALAH MISI MALAYSIA MENAKLUK SINEMA DUNIA

SOARING CREATIVITY: PAVILION HONG KONG MERIAHKAN BOOKFEST @ MALAYSIA 2026

ORANG RAMAI BERATUR PANJANG DI SELURUH NEGARA KETIKA SHOPEE BELANJA RAKYAT MALAYSIA BUTTERCRÈME LATTÉ PERCUMA DARIPADA ZUS COFFEE SEMPENA RAYA

EARLY AUTISM PROJECT MENGANJURKAN RUN FOR AUTISM 2026 SEMPENA ULANG TAHUN KE-20 UNTUK MENGUMPUL DANA BAGI INDIVIDU DENGAN AUTISME