BLOOMTHIS & WOMEN:GIRLS LANCAR INISIATIF ‘JOBS FOR COMMUNITY’

Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan, BloomThis

BloomThis, peneraju pasaran dalam industri jualan bunga dan hadiah berasaskan permintaan secara dalam talian buat julung-julung kalinya mengumumkan pelancaran inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya, ‘Jobs For Community’, sempena Hari Wanita Sedunia pada hari ini. Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls) untuk memberikan latihan peningkatan kemahiran kepada golongan wanita daripada kumpulan B40 menerusi program perantisan berbayar selama tiga bulan.

Inisiatif ini menyasarkan golongan wanita berusia antara 18 hingga 40 tahun untuk memberikan mereka peluang pekerjaan dalam jangka panjang. Di samping itu, ia juga bertujuan meningkatkan aspek kebolehgajian peserta-peserta pada masa depan dengan membuka peluang untuk mempelajari kemahiran-kemahiran penting dalam industri gubahan bunga seperti kemahiran kraftangan hadiah dan bunga serta aspek logistik dan operasi.

“Inisiatif CSR ini diinspirasikan daripada situasi yang tercetus semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada peringkat awal wabak Covid-19. Pada masa tersebut kami turut menggerakkan usaha dalaman kami untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat dan perniagaan-perniagaan kecil pada 2020. Susulan daripada itu, BloomThis berasa terpanggil untuk memperbaiki kehidupan mereka yang perlu dibantu dan kami mahu menggalakkan mereka untuk mencapai taraf ekonomi dan sosial yang lebih baik menerusi usaha-usaha peningkatan kemahiran,” kata Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan BloomThis, Penny Choo.

“Visi kami adalah untuk menjadikan BloomThis sebagai satu jenama tempatan yang menjalinkan kerjasama intensif dengan organisasi, individu, atau NGO seperti WOMEN:girls untuk memperkasakan masyarakat setempat dengan memupuk keupayaan dan memberikan golongan sasaran akses kepada kemahiran-kemahiran yang sesuai menerusi latihan perantisan. Kami percaya langkah ini akan membolehkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang berkualiti bersama kami atau pihak-pihak lain pada masa hadapan,” kata Choo.

Kerjasama antara BloomThis dan WOMEN:girls akan membantu meningkatkan kesedaran mengenai inisiatif ini agar lebih ramai golongan sasaran boleh mendapat manfaat daripadanya.

“Sejak dahulu lagi, Kami di WOMEN:girls berusaha untuk menghapuskan halangan dan membuka mata golongan wanita yang menganggur untuk melihat pilihan-pilihan yang terbentang buat mereka. Kami menyedari bahawa satu program berstruktur bagi membina perjalanan kerjaya wanita menerusi bimbingan dan latihan di lapangan dengan peneraju-peneraju utama industri perlu diwujudkan untuk menyokong dan melengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran dalam bidang-bidang yang khusus. Kami yakin ‘Jobs for Community’ berupaya menjadi satu peluang kepada perantis-perantis yang terlibat untuk menukar haluan dan mengukuhkan laluan kerjaya yang lebih baik pada masa depan,” kata Pengarah Eksekutif WOMEN:girls, Izza Izelan.

Pengarah Eksekutif, Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls)

Menerusi inisiatif ini, BloomThis berhasrat untuk mencapai dan menyelaraskan matlamat mereka bagi menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu terutama sekali Matlamat 1 (Tiada Kemiskinan), Matlamat 5 (Kesaksamaan Jantina) dan Matlamat 8 (Kerja Wajar dan Pertumbuhan Ekonomi).

Sepanjang program tiga bulan tersebut, peserta-peserta akan diberikan latihan praktikal yang akan melengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan dalam industri. Berikut ialah tempoh pengambilan lima (5) kohort berbeza dalam 2022, bermula dari April hingga September 2022:
 

Peranan Perantisan

Bahagian

Tempoh Pengambilan

Potensi Kerjaya

Pembantu Penggubah Bunga

Pengeluaran

Mac - Mei 2022

       Pembantu Penggubah Bunga

       Penggubah Bunga

Pembungkus

Logistik

Jun - Julai 2022

       Pembungkus

       Eksekutif Logistik

Pembantu Inventori

Inventori

Ogos - Okt 2022

       Pembantu Inventori

       Eksekutif Inventori

Penggubah Bunga Junior

Pengeluaran

Nov - Dis 2022

       Penggubah Bunga Junior

       Penggubah Bunga

       Pakar Produk

Tukang Hadiah

Pengeluaran

       Tukang Hadiah Junior

       Pakar Produk


Program perantisan tiga bulan ini akan berlangsung di pusat operasi BloomThis di Petaling Jaya, Selangor dan peserta yang terlibat akan mendapat gaji pokok bulanan sepanjang tempoh program perantisan. BloomThis merancang untuk menyerap sekurang-kurangnya 20 orang peserta sebagai pekerja tetap berkontrak pada penghujung program.

Untuk sebarang pertanyaan, sila emel di hr@bloomthis.co atau media@womengirls.org

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING