GANDINGAN KUCAIMARS & SUARA KAYU HASILKAN 'OBAT RINDU'

Suara Kayu

Bintang Big Stage 2019, Kucaimars, bersama-sama duo muzikal pop-folk terkenal yang berasal dari Jakarta, Suara Kayu, berkolaborasi secara harmoni menerusi sebuah single baharu berjudul ‘Obat Rindu’.

Single yang kedengaran easy-listening serta flirty ini dinyanyikan dengan cara yang begitu unik sekali, namun menghiburkan. Paduan serasi di antara Suara Kayu yang bersahaja dengan vokal Kucaimars yang berkarakter ternyata menghasilkan magis apabila digabungkan.


Lagu Obat Rindu yang dialunkan melalui petikan gitar akustik dengan tiupan terompet ini menceritakan tentang hubungan LDR. Rasa rindu yang seringkali menjadi penyeri buat pasangan yang sedang menjalani hubungan LDR menjadi intipati kepada single ini.

“Obat Rindu menceritakan tentang perasaan rindu yang mendalam kerana tak bertemu dengan orang yang tersayang. Dalam lagu ini, ada bait-bait liriknya yang menjadi penawar bagi menyembuhkan rasa rindu itu,” kata Ingrid, salah seorang ahli Suara Kayu.


Kolaborasi sememangnya bukan perkara baharu bagi duo Ingrid dan Dewangga. Suara Kayu kerap melakukan kolaborasi dengan beberapa pemuzik dan content creator di serata bidang. ‘Mini-a-Tour’, jelajah kolaborasi yang diadakan dengan pemuzik dan YouTuber terkenal dari Bandung, Jogja, Semarang dan Surabaya kini boleh ditonton di saluran YouTube Suara Kayu.

“Menariknya lagu ini, kami memilih untuk berkolaborasi dengan Kucaimars yang berasal dari Malaysia. Jadi kami sempat membincangkan konsep serta idea-idea melalui mesyuarat ‘zoom’ dan proses rakaman jarak jauh,” jelas Dewangga pula.

Melalui sebuah temuramah, Kucaimars merasa teruja kerana diberi kesempatan bekerjasama dengan duo hebat dari seberang, Suara Kayu.

“Saya rasa seronok kerana dapat membawa konsep yang baru melalui lagu ini. Semoga lagu ini memberikan nafas segar di persada industri muzik Malaysia,” ujar pemilik nama sebenar, Amirul Husyairi.


Baik Suara Kayu mahupun Kucaimars berharap agar single Obat Rindu ini dapat diterima baik oleh penggemar muzik di Indonesia dan juga Malaysia.

“Semoga lagu Obat Rindu menjadi peneman mereka yang sedang rindu dengan seseorang, membuat mereka tersenyum dan tertawa walaupun sedang sakit menahan rindu. Untuk yang masih ‘single’ atau sedang mencari, boleh juga menikmatinya juga,” akhiri Ingrid.


Sebagai maklumat tambahan, Suara Kayu telah melancarkan EP keduanya yang berjudul ‘Kumpulan Cerita Pendek’ yang memuatkan enam buah lagu akustik di mana salah satu treknya berjudul ‘Hahaha’ merupakan kolaborasi bersama duo muzikal Bianca Dimas. Single mereka berjudul ‘UWU’ (Unhappy Without You) mendapatkan sambutan luar biasa di TikTok dengan jumlah tanda suka sebanyak 203 ribu dan memperoleh tontonan melebihi 69.6 juta.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO