PENJAGAAN KESIHATAN PERIBADI DEMI MASA DEPAN LEBIH BAIK

 

Sempena dengan ulang tahun ke-125, Roche di Malaysia baru-baru ini menganjurkan siri perbincangan kedua mereka dalam Life Talk, bertajuk Penjagaan Kesihatan Peribadi (PHC iaitu Personalised Healthcare) – Kerana setiap pesakit adalah unik dan berbeza. Roche Malaysia telah mengadakan Life Talk pertama mengenai Kesihatan Wanita pada bulan Oktober 2021 yang lalu dan akan disusuli dengan perbincangan mengenai Kepelbagaian & Keterangkuman pada akhir bulan depan. Sesi panel interaktif ini direka untuk memberi inspirasi selain dari memberi peluang untuk berkongsi pengetahuan tentang pelbagai topik berkaitan kesihatan dengan orang ramai.

Sesi panel ini menampilkan Profesor Dr. Pathmanathan Rajadurai, Pakar Perunding Kanan Patologi & Pengarah Makmal; Dr. Cheah Soon Keat, Pakar Onkologi Klinikal, Dr. Saiful B. Kassim, Pakar Perunding Endokrinologi dan sesi ini dikendalikan oleh En. Ahmad Azuar, Ketua Pegawai Eksekutif Satu Creative Services Sdn. Bhd..



Di Malaysia, trend permintaan penjagaan kesihatan adalah semakin meningkat. Keadaan ini menyebabkan kos penjagaan kesihatan turut meningkat sekali gus memberi tekanan kepada pelbagai sumber berikutan kemajuan negara yang menyaksikan peningkatan keadaan kronik yang tinggi. Transformasi yang menyeluruh diperlukan untuk memenuhi permintaan penjagaan kesihatan serta menambah baik penjagaan kesihatan terhadap pesakit. Oleh yang demikian, pendekatan Penjagaan Kesihatan Peribadi mungkin merupakan opsyen yang terbaik untuk masa depan negara.

Ini adalah selaras dengan langkah Roche melancarkan Indeks Penjagaan Kesihatan Peribadi untuk rantau Asia-Pasifik pada awal tahun lepas dan menunjukkan bahawa semua sistem kesihatan sedang bergerak ke arah pendekatan PHC, dengan beberapa buah negara masih di peringkat awal manakala yang lain sedang membina asas atau sudah membuat peralihan. Indeks Kesihatan Peribadi ialah alat dasar dalam talian yang unik, dipacu data, yang dibangunkan oleh Futureproofing Healthcare Initiative, dengan kerjasama sekumpulan pakar penjagaan kesihatan bebas untuk membantu negara mengutamakan usaha, sumber dan tindakan dalam usaha untuk merealisasikan potensi PHC di negara masing-masing.

Ujian diagnostik adalah sebahagian daripada proses PHC yang mempunyai banyak potensi dalam pengurusan penyakit kronik. “Perubatan yang tepat adalah pendekatan untuk pengurusan penyakit yang berkesan dengan mengambil kira kebolehubahan individu dalam gen, persekitaran dan gaya hidup bagi setiap orang. Ini adalah penting untuk kebanyakan jenis kanser, contohnya, penanda bio yang dikesan oleh penyelesaian diagnostik pendamping yang disahkan dapat memastikan penggunaan terapeutik yang berkesan dan selamat,” kata Prof. Pathmanathan.

Malaysia kini sedang membangunkan asas untuk PHC dan dalam proses merangka serta melaksanakan rancangan yang bertujuan untuk merealisasikan PHC. Memajukan strategi atau dasar kebangsaan untuk kesihatan peribadi atau perubatan yang diperibadikan merupakan satu kemestian dan terdapat peluang untuk menyelaraskan proses kawal selia di negara ini. Malaysia juga memiliki infrastruktur digital dan keupayaan pengumpulan data untuk menyokong aspek penjagaan peribadi yang terhad.

Penjagaan kanser peribadi bergerak pantas seiring dengan kemajuan teknologi yang sedang berkembang pesat. Pakar klinik perlu bekerjasama antara satu sama lain dalam pasukan pelbagai latar belakang disiplin bagi memanfaatkan kebolehan dan pengalaman masing-masing untuk mencapai hasil yang terbaik,” tambah Dr. Cheah.

“Terdapat banyak kemajuan dalam teknologi di arena ini di mana perkongsian data dalam masa nyata secara jarak jauh antara pesakit dengan Pakar Penjagaan Kesihatan daripada pelbagai disiplin telah membantu kami ke arah ekosistem holistik dalam menyediakan penjagaan kesihatan yang lebih baik. Melalui kepunyaan semua data di satu tempat dengan sekali imbas akan membantu kami membuat keputusan terapeutik yang lebih cepat dan termaklum dengan pesakit kami. Walaupun semua teknologi ini boleh didapati dengan mudah tetapi, kita perlu memainkan peranan untuk mencapai kehidupan yang sihat. Dengan mengubah cara kita menjalani kehidupan, ia akan mengubah jangka hayat kita,” kata Dr. Saiful.

“Setiap orang adalah unik, begitu juga penyakit. Dan kini dengan revolusi digital dalam penjagaan kesihatan, kita akan dapat melihat perkara yang membezakan kita sebagai individu, dan menterjemahkannya sebagai penjagaan kesihatan peribadi dan mempertingkatkan taraf kesihatan untuk setiap orang,” kata Wong Sit Yin, Pengarah Akses Penjagaan Kesihatan & Hal Ehwal Korporat Roche (Malaysia) Sdn Bhd.

“Roche meraikan ulang tahun ke-125 memberi peluang untuk kami menghargai legasi Roche. Ulang tahun ini juga menjadi masa yang tepat untuk membina hubungan yang lebih bersepadu antara satu sama lain, kerana kami percaya dengan pendekatan pelbagai pihak berkepentingan atau “ekosistem” adalah penting untuk membentuk sistem kesihatan yang berkesan. Siri Life Talks ini memberi peluang penting kepada Roche untuk berhubung dengan pihak berkepentingan luar bagi menangani kebimbangan di peringkat tempatan dan global serta menggerakkan usaha ke hadapan secara strategik untuk menjana perubahan yang bermakna bagi 125 tahun yang akan datang dan seterusnya”, tambah Sit Yin.

Tayangan semula penuh siri Life Talk boleh ditonton di https://bit.ly/PHC2022Replay secara percuma.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO