JACK ‘N JILL CREAM-O LANCAR KEMPEN ‘SELANGKAH JALAN SEDETIK O-SOME’


Masa berlalu dengan pantas. Tanpa disedari, kita kini telahpun berada dalam suku pertama 2022. Kini waktu yang sesuai untuk membuat beberapa langkah O-some yang bermakna! Inilah masa terbaik untuk anda dan keluarga serta rakan-rakan meluangkan masa dan bergembira bersama dengan menyertai kami Berjalan secara O-some.

JACK ‘n JILL Cream-O menjemput anda untuk BERJALAN 10,000 langkah dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang O-some, pada masa sama membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di negara ini melalui kempen JACK ‘n JILL Cream-O ‘SELANGKAH JALAN SEDETIK O-SOME’, diadakan dari 1 Mac hingga 30 April 2022.

Anda hanya perlu: Membeli produk JACK ‘n JILL Cream-O bernilai RM5; kemudian Berjalan dan tangkap layar (screenshot) app kiraan langkah yang digunakan untuk menunjukkan bahawa anda telah melengkapkan 10,000 langkah. Kemudian, WhatsApp butiran anda, bukti pembelian Cream-O bernilai RM5 dan jawab satu soalan mengenai kempen ini ke talian +6011 5500 1878. Anda kini berpeluang menjadi pemenang kempen ini!

Pemenang Hadiah Utama akan membawa pulang satu Kad Hadiah Apple Store bernilai RM5,000; sementara pemenang hadiah pertama akan menerima Kad Hadiah Apple Store bernilai RM1,500. Selain itu, lima pemenang tempat kedua yang bertuah akan menerima Kad Hadiah JD Sports bernilai RM500 seorang satu, sementara 40 pemenang hadiah saguhati akan menerima Kad Hadiah JD Sports bernilai RM200.

Setiap 10,000 langkah akan menyumbang 10 mata ke Dana Amal O-some. Berdasarkan mata kumulatif pada akhir kempen, JACK ‘n JILL Cream-O akan menyumbang sehingga RM15,000 ke Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia), sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang mempunyai misi untuk mewujudkan, menemui dan menyokong program-program yang secara langsung mempertingkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

Sumbangan yang diberikan akan memberi manfaat kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini bagi memenuhi keperluan Kembali ke Sekolah mereka tidak lama lagi.

Jom, sertai kami untuk jadikan setiap hari O-some! 


#CreamOMY
#CreamOMYSelangkahJalanSedetikOsome

Untuk maklumat lanjut, layari laman www.urc.com.my

 

Feature photo by: Girl running photo created by jcomp - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA