RASAILAH KEMERIAHAN ‘MAJESTIC RAYA’ DI AVENUE K SHOPPING MALL


Kunjungilah Avenue K beramai-ramailah musim perayaan ini dan raikan ‘Majestic Raya’ dari sekarang sehingga 8 Mei 2022. Diilhamkan daripada unsur-unsur Islam dari Taj Mahal, Avenue K mempersembahkan dekorasi raya tahun ini yang menampilkan replika bangunan dengan seni reka yang indah berwarna biru nilam dan perincian emas. Selain daripada replika bangunan, sebuah kolam air pancur juga ditampilkan di laman bazar di ruang Atrium pusat membeli-belah ini.


Buatlah persediaan menyambut hari raya dengan membeli-belah di gerai-gerai yang disediakan. Jenama fesyen seperti BBD, Hollakidz, Vaytita, Putera dan Anita Scarves serta makanan dari Mew Market dan BreadTalk.


Di samping itu, jangan lupa untuk berbelanja di kedai-kedai dengan fesyen terkini di H&M, Camille, Buttonscarves, Max Fashion, Cotton On, Dressing Paula, Esfolar, Good2U dan Cotton On, serta menghiasi rumah anda dengan produk-produk deko dari Bonzour Home, Good2U Home dan H&M Home.


Dapatkan ganjaran yang disediakan oleh Avenue K bagi pelanggan-pelanggan yang setia. Dengan pembelian minimum RM100 dalam dua resit maksimum, anda berpeluang untuk menebus satu set sampul duit raya eksklusif, manakala dengan pembelian RM250 ke atas, anda berpeluang untuk menebus Mangkuk Hidang Kaca AK dan satu set sampul duit raya, sementara stok masih ada.


Bukan itu sahaja, dengan pembelian minimum RM300 dalam tiga resit maksimum, anda boleh menebus sekeping baucar tunai bernilai RM50 dari jenama pakaianan sopan Indonesia, Buttonscarves. Tingkatkan pembelian anda ke RM500, untuk mendapatkan baucar RM100 Buttonscarves.

Sertailah peraduan mencari dan membilang pelita di laman Facebook Avenue K - ‘Find & Count The Pelita’ sehingga 8 Mei 2022. Tiada bukti pembelian diperlukan untuk menyertai peraduan ini yang menawarkan lima hadiah baucar membeli-belah bernilai RM100!

Bagi memeriahkan sambutan musim perayaan ini, persembahan-persembahan tarian Melayu seperti The Heart of Malaysia, Gintagangsa (States of Malaysia) dan Magika juga akan disediakan pada hari Jumaat dan Sabtu mulai 8 April sehingga 30 April 2022.


Tandakan calendar anda bagi 22 April 2022 untuk menyaksikan persembahan dari Broadway Academy yang bertajuk A Taj of Eidul Fitr. Persembahan ini akan menampilkan lagu-lagu Bollywood, Disney, Arab dan Melayu dan dipersembahkan pada jam 1.30-2.00petang dan 6.00-6.30petang.

Demo kraftangan dan pemberian hadiah akan dilangsungkan setiap hari Ahad, mulai 10 April sehingga 1 Mei 2022.


Untuk melunaskan tanggung jawab korporat sosial, pihak pengurusan Avenue K bakal memberi bantuan kepada Pusat Penyayang Nur Iman Kuala Lumpur dengan menghoskan majlis berbuka puasa yang ditaja oleh KFC dan sesi membeli baju raya tajaan Max Fashion. Kanak-kanak yang kurang bernasib baik juga akan menerima duit raya daripada Pengurus Besar Avenue K, Ms Phang Sze Sze.

Jom raikan ‘Majestic Raya’ di Avenue K Shopping Mall mulai 4 April sehingga 8 Mei 2022 di Atrium, Level G. waktu operasi 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/3pV9C1Z

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA