MALAYSIA LEGEND CHAMPIONSHIP CUNGKIL BAKAT BAHARU E-SUKAN


Kejuaraan e-sukan “Malaysia Legend Championship (MLC) Esports F1 Racing Night Run” telah dianjurkan buat kali pertama di Malaysia oleh Skydream, di bawah tajaan TWL Holdings Berhad dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. 

Penganjur turut menjemput Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker untuk menyaksikan acara tersebut. Acara ini bertujuan untuk menyemarakkan dan membangunkan industri e-sukan di Malaysia serta mencungkil bakat-bakat e-sukan Malaysia untuk membentuk pasukan yang mantap bagi mewakili negara di pertandingan e-sukan antarabangsa!

F1 (Formula 1) merupakan sukan perlumbaan kereta dengan bertaraf tinggi yang telah mula menapak ke dunia perlumbaan maya, seperti mana yang dirangsangkan oleh trend e-sukan. Perlumbaan ini bukan sahaja menyepadukan dunia kenyataan dan maya, malah para pemenang juga akan menerima anugerah mereka bersama pelumba FI yang sebenar dan juga menerima kelayakan untuk bersaing dengan pemain-pemain elit yang lain di kejuaraan antarabangsa.

Format pembangunan perlumbaan ini telah ditetapkan sebagai permainan tersuai dan juga dikenali sebagai “seni kesembilan”. Rekaan visual dan operasi permainan ini telah mencapai tahap artistik era baharu iaitu era digital. Selain daripada itu, e-sukan telah bergandingan dengan pelbagai industri termasuk pasukan profesional, syarikat permainan, media filem, dan telah berkembang dalam pasarannya di era digital.


Mengumpulkan semua bakat-bakat e-sukan untuk bersaing di pertandingan antarabangsa

Kebangkitan industri e-sukan telah menyebabkan peningkatan permintaan untuk bakat-bakat e-sukan secara mendadak di Malaysia. Dengan memanfaatkan trend e-sukan, penganjuran "MLC Esports F1 Racing Night Run" oleh Skydream ini diharap dapat mengangkat industri e-sukan ke tahap lebih tinggi. Selain daripada mencari bintang-bintang e-sukan yang berpotensi dari serata Malaysia, mereka juga berhasrat untuk membentuk pasukan e-sukan profesional untuk mewakili Malaysia ke pertandingan antarabangsa.

Pengarah Urusan Skydream, Andy Lim berharap acara e-sukan ini dapat merangsangkan dan meningkatkan pasaran dan pelaburan di Malaysia pasca-pandemik Covid-19, di mana banyak perniagaan dan industri telah terjejas. Pada hakikatnya, industri e-sukan semakin meningkat naik dengan konsisten. Sebagai penganjur, Skydream bukan sahaja menumpukan perhatian untuk mempromosi dan mempopularkan e-sukan, malah membantu untuk mengasah bakat-bakat e-sukan F1 untuk membentuk pasukan profesional bagi mewakili Malaysia di pertandingan antarabangsa.

Pusingan awal "MLC Esports F1 Racing Night Run " telah mula dilangsungkan. Kejuaraan rasmi yang bakal diadakan pada 24 Mac telah mendapat hampir 400 penyertaan. 16 peserta yang layak bakal bersaing sesama mereka untuk mendapatkan 8 tempat kelayakan teratas, seterusnya 4 tempat teratas, dan seterusnya memenangi Pusingan Akhir. Juara bakal memenangi RM3,000, RM1,500 untuk naib juara, RM1,000 untuk pemenang tempat ketiga, dan RM550 untuk peserta dengan pusingan terpantas.


Membentuk pasukan e-sukan untuk bersaing di pertandingan antarabangsa

Di kejuaraan “MLC Esports F1 Racing Night Run”, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker telah memberikan sokongan yang padu bagi wawasan Skydream. Beliau berkata: “Mereka telah membina sebuah ekosistem yang mantap dan bertenaga untuk merangsang dan meningkatkan kepelbagaian dan industri e-sukan di Malaysia.”

Ti menambah, sejak normalisasi dan pengembangan e-sukan dan pasarannya, permainan-permainan dalam talian bukan lagi satu aktiviti masa lapang. Malah, banyak negara telah mengiktiraf e-sukan sebagai sukan rasmi dan banyak sekolah-sekolah profesional berkaitan e-sukan telah dibuka. Semakin banyak jenis e-sukan telah dibangunkan dengan pesat. E-sukan akan terus dibangunkan dengan berdasarkan sukan dan teknologi terkini. Mutakhirnya, ia akan menjadi popular dan menjadi sebahagian daripada hidup kita seharian.


TWL Holdings Berhad menaruh minat untuk menyokong industri e-sukan

Pengarah Urusan TWL Holdings Berhad, Ms. Shirley Tan berkata bahawa acara tersebut dianjurkan untuk menyokong pembangunan e-sukan. Syarikat ini telah mengikuti perkembangan industri sukan nic dan menaruh minat untuk memberikan sokongan kepada bidang e-sukan yang berpotensi tinggi ini. Ms. Shirley Tan berharap agar penajaan ini dapat membantu untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam e-sukan dan memberi peluang bagi mereka untuk bersaing di arena pertandingan antarabangsa. Pada masa yang sama, Ms. Shirley Tan juga menyatakan hasrat syarikatnya untuk menubuhkan sebuah pusat latihan profesional bagi bidang e-sukan di masa hadapan. Dengan perancangan ini, TWL Holdings Berhad bukan sahaja sekadar sebuah syarikat pembinaan yang membina bangunan, malah ia juga bakal menjadi pembina kepada asas yang kukuh bagi bidang e-sukan untuk berkembang di Malaysia.


Fortuna Duo Race 2022 disokong penuh oleh Kerajaan Malaysia

Ia adalah kerjasama Multiple Fortuna dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Fortuna Duo Race 2022 juga disokong penuh oleh Kerajaan Malaysia. Majlis pelancaran acara ini dan Time Attack akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker. Menyasarkan peminat kereta dari 20 hingga 50 tahun akan menampilkan 65 peserta untuk Private Night Time Attack Track Day dan 16 pemain terbaik untuk MLC. 

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING