PERSIAPKAN RUMAH ANDA UNTUK MENYAMBUT HARI RAYA DENGAN IKEA
Sambutan Aidilfitri tahun ini pastinya cukup istimewa dan bermakna kerana kita akhirnya dapat bersatu dengan keluarga serta insan tersayang secara tradisional di rumah kita sendiri, baik dekat mahupun jauh. Daripada kelengkapan rumah sehinggalah kepada aksesori, persiapan untuk menyambut kedatangan Syawal boleh dibuat awal dengan dibantu oleh pengalaman beli-belah yang mudah di IKEA untuk menjadikan Raya ini satu kenangan yang sukar dilupakan.
Suntik keajaiban Maghribi pada Aidilfitri anda
Bagi menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, secara tradisinya rumah kita akan diberikan wajah baru. Tidak kiralah ruang berkonsepkan tradisional atau minimalis moden, IKEA ada sesuatu yang istimewa untuk semua dengan koleksi edisi terhad HEMBJUDEN, yang boleh didapati di semua gedung IKEA serta secara dalam talian (*Sementara stok masih ada). Kagumkan tetamu anda dan jadikan ia Raya yang sukar dilupakan!
Ceriakan ruang anda dengan penyelesaian mampu milik
Satu tindakan kecil boleh membawa perubahan besar. Begitu juga dengan sambutan Ramadan atau Aidilfitri. Tidak kiralah sama ada untuk menceriakan ruang anda dengan warna-warni yang mengujakan, ataupun menghidangkan air tangan yang membuka selera buat tetamu, IKEA menawarkan satu siri tawaran mingguan Ramadan dari 25 Mac hingga 9 Mei 2022, dengan promosi produk yang berlainan pada setiap 2 minggu di gedung IKEA serta dalam talian!
Keajaiban berlaku di dapur
Promosi dari 26 Mac – 6 April
Detik ajaib berlaku di dapur, khususnya pada bulan Ramadan, di mana anda wajib memulakan hari anda dengan juadah yang lazat. Malah setibanya Aidilfitri, anda perlu menyediakan ruang untuk menghidangkan juadah tradisional kegemaran seperti rendang atau lemang. Persediaan dipermudahkan dengan adanya peralatan dan perkakas dapur yang tersusun rapi.
Beri suntikan nafas baharu pada ruang tamu anda
Menghias semula ruang anda untuk sambutan perayaan tidak semestinya bermaksud renovasi secara besar-besaran. Sebenarnya, menambah aksesori baharu pada kelengkapan rumah sedia ada dapat menyuntik ciri kelainan yang segar. Dalam pada itu, tumbuhan bukan sahaja dapat menjadi hiasan menarik, tetapi juga menceriakan ruang anda sepanjang tahun! Jangan risau sekiranya anda tidak mempunyai ‘jari hijau’, kerana promosi untuk tumbuhan tiruan dan hidup akan berlangsung dari 8 April hingga 8 Mei.
Nikmati macam-macam penjimatan!
Sepanjang bulan April, nikmatilah pengalaman beli-belah yang mudah dengan tawaran hebat yang disediakan khas untuk anda!
1. Perkhidmatan Klik & Ambil IKEA (28 Mac hingga 11 April)
· Beli produk kelengkapan rumah kegemaran anda dari keselesaan rumah anda dan ambil pembelian anda terus dari gedung IKEA terdekat tanpa sebarang bayaran tambahan!
· Teringin hendak makan bebola daging kegemaran anda? Buat pesanan dari mana jua anda berada, dan ambilnya di gedung IKEA terdekat mengikut keselesaan anda, dengan diskaun 10% sepanjang tempoh promosi dengan kod ‘IKEA10’ semasa daftar keluar.
2. Tawaran Eksklusif untuk ahli IKEA Family!
· Mulai 7 April, ahli IKEA Family dapat menebus paket Raya percuma yang mengandungi baucar bernilai RM15 dengan sebarang pembelian di gedung IKEA.(*Sementara stok masih ada).
Ingin menikmati lebih lagi tawaran hebat? Daftarlah sebagai ahli IKEA Family sekarang juga di IKEA.my/Family untuk menikmati tawaran dan ganjaran eksklusif!
Untuk maklumat lanjut, sila layari IKEA.my/Raya.
Comments
Post a Comment