REVIEW: 7 SEBAB ANDA AKAN JATUH CINTA PADA HUAWEI NOVA 9 SE


Inginkan sebuah telefon bimbit serba canggih dan serba lawa tanpa perlu mengikat perut? Jom baca review HUAWEI nova 9 SE kami....


1. Nilai estetika yang mempersonakan

Tidak dinafikan telefon bimbit HUAWEI nova 9 SE tampak premium di tangan. Diilhamkan daripada bintang-bintang di langit, ia kelihatan seperti memancarkan sinar pancawarna yang mempesonakan. Boleh didapati dengan tiga warna Crystal Blue, Pearl White, dan Midnight Black, ia menampilkan paparan HUAWEI FullView 6.78-inci dengan bezel yang nipis 1.05mm.


2. Kamera kuad AI 108MP AI yang mantap

Suka mengambil gambar? HUAWEI nova 9 SE menampilkan empat kamera belakang 108MP dengan sensor 1/1.52-inci, kamera 8MP Ultra-Wide-Angle, Kamera 2MP Depth, Kamera 2MP Macro, dan juga kamera 16MP depan wide-angle dengan AI Beauty untuk menghasilkan imej berkualiti dan jelas dengan fungsi zoom yang mantap.



3. Fungsi video untuk vlogging and kandungan media sosial

HUAWEI nova 9 SE menampilkan fungsi Dual-View Video yang membolehkan anda merakam video dengan kamera depan dan belakang secara serentak, atau mengunakan syot lebar dan syot zoom dalam satu frame. Proses menyunting video di permudahkan dengan adanya fitur One-Click Video Compilation yang membolehkan klip-kilp video disambungkan dengan hanya menggunakan satu klik sahaja. 

Aplikasi Petal Clip yang didatangkan dengan peranti ini merupakan sebuah aplikasi yang serba boleh untuk menyunting video, dengan pilihan template dan tema yang mudah digunakan oleh semua.


4. SuperCharge dengan hayat bateri tahan lebih lama

Anda tidak perlu lagi menjinjing power bank dan risau akan kehabisan bateri apabila keluar rumah. Dengan adanya bateri bersaiz 4,000mAh, anda boleh mengunakan HUAWEI nova 9 SE dengan lebih lama. Pengecasan dengan 66W HUAWEI SuperCharge membolehkan telefon dicas sehingga 60% dalam masa 16 minit sahaja.


5. Disokong oleh HUAWEI AppGallery

HUAWEI AppGallery merupakan stor aplikasi ketiga besar di dunia. Anda boleh memuat turun pelbagai aplikasi seperti Shopee MY, Lazada, Touch 'n Go eWallet, Grab SuperApp, Maybank2u MY, TikTok menggunakan AppGallery.

Anda boleh menonton lewah drama kegemaran anda dengan HUAWEI Video, mendengar lagu-lagu artis kesayangan anda dengan HUAWEI Music serta membaca buku-buku menarik dengan HUAWEI Books!



6. Kesalinghubungan Super Device

Dilengkapi oleh sistem operasi EMUI 12, HUAWEI nova 9 SE membolehkan peranti ini dihubungkan dengan pelbagai peranti lain dalam ekosistem HUAWEI seperti telefon bimbit, tablet, computer riba untuk kegunaan harian di pejabat atau di mana sahaja. Contohnya HUAWEI nova 9 SE boleh dihubungkan kepada Huawei MateBook untuk mengakses file dan memindahkan data tanpa menggunakan wayar.


7. Harga mampu-milik dengan spesifikasi ala-peranti mercu

HUAWEI nova 9 SE yang dikategorikan sebagai telefon bimbit mid-range memberilkan anda lebih nilai dengan harga yang mampu-milik RM1,099. Ia didatangkan dengan fitur-fitur ala peranti mercu tanpa menjejaskan bajet anda.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING