SUKI LOW KEMBALI DENGAN 'NELANGSA' OST FILEM BLOCKBUSTER 'THE ASSISTANT'


Suki Low Sook Yee atau lebih dikenali dengan nama Suki Low di dalam industri muzik tanah air kembali dengan single terbaharu. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini merupakan Juara program realiti terbitan 8TV iaitu One In A Million musim pertama. Kejuaraan ini disandang ketika usia beliau 16 tahun.

Kini, Suki kembali menyinari persada muzik tanah air dengan suaranya yang lunak menerusi Alternate Records & Talents dengan lagu solo berjudul ‘Nelangsa’. Lagu unik ini merupakan hasil ciptaan Farouk Roman dan lirik oleh Senna. Nelangsa merupakan bahasa lama dari seberang yang membawakan maksud sedih. Penulis liriknya, Senna sengaja memilih nama tersebut kerana ia unik dan sedap didengar. Malahan sesuai dengan konsep keseluruhan lirik dan mesej yang cuba disampaikan iaitu kesedihan dan kesengsaraan.


Lagu Nelangsa ini merupakan OST kepada sebuah filem terbaharu iaitu ‘The Assistant’ yang bakal ditayangkan pada bulan Mei 2022. Filem aksi ini dibintangi oleh pelakon popular berbadan sasa iaitu Hairul Azreen dan Iedil Dzuhri. Lagu OST ini amat sesuai dengan penceritaan filem aksi lasak arahan pengarah terkenal Adrian Teh. Filem ini dijangka menjadi filem “blockbuster” tempatan setelah pawagam mula dibuka di Malaysia.

Menurut Suki Low, “Suki sangat bersyukur apabila diberikan peluang untuk menyanyikan lagu ini kerana ianya adalah lagu single pertama yang Suki rakam setelah lama tidak keluarkan lagu baru dan ini juga merupakan kali pertama Suki nyanyi untuk sebuah OST filem. Filem ini pula hebat jalan ceritanya. Ketika diberikan lagu dan liriknya, Suki dengar dan Suki terus suka melodinya serta lirik dan perkataan yang digunakan itu membuatkan Suki jatuh cinta dengan keseluruhan lagu ini yang bersesuaian dengan filemnya.’

Tambahnya lagi, ‘Nelangsa’ merupakan sebuah lagu yg mencabar sebab berat dari segi emosi. Dari segi vokal, Suki mengguna pendekatan yang berbeza berbanding dengan lagu-lagu yang pernah Suki rakamkan sebelum ini. Suki berasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan penerbit dan juga komposer terkenal dan berpengalaman seperti Farouk Roman dan kita mempunyai visi yang sama untuk mempersembahkan lagu ini. Saya sangat teruja untuk kongsikan lagu ini dengan peminat yang selalu memberi sokongan kepada Suki dan berharap mereka akan suka lagu Nelangsa ini.”




Single Nelangsa nyanyian Suki Low, edaran Alternate Records kini boleh di didengari di semua saluran digital bermula 15 April 2022.


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING