DAPATKAN PRODUK GARNIER DENGAN DISKAUN SEHINGGA 40% DAN PROMOSI HEBAT DI IOI CITY MALL


Sempena pelancaran product baharu, Garnier Bright Complete Ampoule Serum, Garnier Malaysia dengan kerjasama Guardian Malaysia sedang melangsungkan pelbagai aktiviti dan promosi mulai 25 sehingga 29 Mei di IOI City Mall Putrajaya (LG Centre Court).

Jerayawara Garnier di IOI City Mall Putrajaya (LG Centre Court)

Pelbagai produk penjagaan kecantikan Garnier juga boleh diperolehi dengan diskaun sehingga 40%.

Antara aktiviti yang boleh disertai dengan PERCUMA adalah bengkel DIY membuat skrub lemon dan menekap beg kanvas dengan lemon.

Pelbagai produk penjagaan kecantikan Garnier juga boleh diperolehi dengan diskaun sehingga 40%.

Pengunjung boleh mencuba untuk menghiaskan beg canvas menggunakan tekapan buah lemon. Anda boleh membawa pulang beg yang anda hiasi secara percuma!

Bengkel DIY Membuat Skrub Lemon


Garnier Bright Complete Ampoule Serum dirumus dengan 3% Vitamin C + larutan pencerah Niacimide yang terbukti berkesan untuk memperbetulkan hyperpigmentasi dan mencerahkan kulit dengan lebih pantas.


Garnier Bright Complete Ampoule Serum juga terbukti secara klinikal untuk kesan pencerahan segera dan menlenyapkan hyperpigmentasi dalam 6 hari sahaja.

Hadir dalam bentuk gel cecair yang segar, bertekstur ringan, mudah diserap oleh kulit, tidak melekit dan tidak berminyak, Garnier Bright Complete Ampoule Serum juga serasi dengan semua jenis kulit dan halal.

Dirumus untuk menangani masalah-masalah kulit seperti pigmentasi, tompok-tompok, kulit hitam di bawah mata, Garnier Bright Complete Ampoule Serum dibungkus dengan dos individu 1.5ml untuk keberkesanan maksimum.


Jom beramai-ramai ke jerayawara Garnier di  IOI City Mall Putrajaya (LG Centre Court) hari ini juga!



Comments

Popular posts from this blog

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SCENTS OF MALAYSIA 2024 BAKAL MENGHARUMKAN INDUSTRI WANGIAN TEMPATAN

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA