KEMPEN INISIATIF BAJET 2022 - 'JADIKAN HALAL PILIHAN UTAMA ANDA' DI LULU HYPERMARKET


Baru-baru ini team FemagOnline telah menyertai sekumpulan blogger ke Majlis Sesi Bersama Blogger anjuran Halal Development Corporation Berhad (HDC), dengan kerjasama Lulu Hypermarket.

Sesi Bersama Blogger 

Kempen yang diberikan nama “Jadikan Halal Pilihan Utama Anda” merupakan hasil kerjasama proaktif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi agensinya, HDC dan Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ini. 


Menurut YBrs. Encik Hairol Ariffein Sahari, Ketua Pengawai Eksekutif, HDC, "Kempen ini bermatlamat melonjakkan pertumbuhan industri Halal ke tahap yang lebih tinggi, dengan menyasarkan peningkatan penjualan purata syarikat halal PMKS yang difasilitasi antara 20%-30% sepanjang tempoh kempen dari April hingga Julai 2022."

Sejumlah 500 usahawan halal dari sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah terpilih untuk menyertai kempen ini.

Puan Norashekin Yusof, Ketua Pegawai Komunikasi Korporat HDC memberi taklimat kepada para blogger

Kempen ini terbahagi kepada dua kagetori, iaitu yang pertama, Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS di pasaraya-pasaraya besar. Untuk menjayakan kempen bagi kategori ini, HDC telah menjalinkan kerjasama dengan Lulu International Group dan Lotus’s Store (Malaysia) Sdn. Bhd. Kempen yang berlangsung selama 3 bulan ini sudah bermula di semua cawangan pasaraya Lulu dan Lotus’s di seluruh negara pada akhir April baru-baru ini.

Kategori ke dua pula, iaitu Program Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS, akan melibatkan kerjasama dengan Foodpanda Malaysia, penyedia platform secara dalam talian (e-commerce) dan logistik terkemuka, yang akan bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2022.

Berbagai promosi dan harga menarik bakal ditawarkan di sepanjang kempen ini, yang bermatlamat untuk meningkatkan jualan, serta mengatasi isu jurang visibiliti produk halal tempatan yang bersaing dengan produk halal luar negara, ke arah meningkatkan pasaran produk halal tempatan.

Antara produk sejuk beku yang dipromosikan dalam kempen ini

Bersama YBrs. Encik Hairol Ariffein Sahari, Ketua Pengawai Eksekutif, HDC, kami telah dibawa untuk menyaksikan sendiri barangan-barangan halal daripada PMKS yang terpilih untuk menyertai kempen ini di Lulu Hypermarket.

Pintu gerbang kempen di laluan masuk ke Lulu Hypermarket, Kuala Lumpur

Tinjauan ke bahagian sejuk beku Lulu Hypermarket

Makanan yang dijual di Lulu turut menggunakan bahan-bahan dari pengusaha barangan halal tempatan.

Visibiliti barangan halal tempatan dipertingkatkan dengan mempamerkan barangan tersebut di laluan-laluan utama di dalam Lulu Hypermarket

Wobbler digunakan untuk komunikasi dengan pembeli

Produk halal yang dipamerkan dengan jelas di gondola di hujung rak

Tugas HDC ada dua di sini iaitu pertama memperbanyakkan PMKS yang mempunyai sijil halal dan kedua bagi yang ada sijil halal, HDC perlu bantu menjadikan mereka pengeksport serta pembekal produk halal yang berdaya saing tinggi.

HDC membantu untuk mempertingkatkan lagi kebolehpasaran produk halal PMKS tempatan melalui  pasar raya berangkai antarabangsa 

'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda' adalah selari dengan visi HDC iaitu untuk menjadikan halal sebagai pilihan utama.

Kempen ini bertujuan untuk mengetengahkan dan meningkatkan hasil jualan pembekal Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Kempen ini juga diharapkan dapat membantu syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan yang terjejas akibat penularan Covid-19 yang menyebabkan berlakunya gangguan kepada jumlah jualan beberapa produk halal sehingga pengeluarnya tidak dapat mengekalkan perniagaan.

Ketika Belanjawan 2022 yang diumumkan Oktober pada tahun lalu, HDC diperuntukkan sebanyak RM25 juta untuk menjalankan pelbagai program pembangunan ekosistem perniagaan berkaitan halal supaya ia lebih berdaya maju.

Thumbs up untuk produk-produk halal tempatan - Jadikan Halal Pilihan Utama Anda

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati HDC di - www.hdcglobal.com.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING