KATE SPADE NEW YORK BAWAKAN “CABANA STATE OF MIND” DI KEDAI POP-UP KUALA LUMPUR


Kepada peminat and pencinta jenama kate spade New York, kami ada berita baik untuk anda semua! Buat julung kalinya, satu kedai pop-up kate spade telah dilancarkan di Aras 11, The Kuala Lumpur (KL) Journal Hotel, Bukit Bintang kepada umum bermula hari ini, 20 Mei sehingga 5 Jun 2022. 


Ia dibuka setiap hari bermula 3 petang hingga 8 malam bagi setiap Isnin – Jumaat, manakala pada hari minggu, anda boleh mengunjungi kedai tersebut bermula 11 pagi hingga 8 malam.


Bertemakan gaya hidup kabana, antara produk koleksi Musim Panas 2022 yang dipamerkan merangkumi aksesori berasaskan anyaman tali rafia serta pelbagai motif citrus bagi memeriahkan lagi penampilan anda. Pengalaman gaya tersebut juga boleh diakses di https://malaysia.katespade.com/new/cabana-pop-up mulai hari ini dengan penghantaran ke rumah percuma.


Ayuh! Kunjungilah kedai pop-up kate spade di Hotel The KL Journal. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda dan rakan di sana seperti bermain menara jenga gergasi edisi kate spade New York bersama rakan anda sambil menikmati manisan ais yang disediakan. 




Anda juga turut berpeluang untuk memenangi peluang membeli-belah kate spade New York bernilai sehingga RM3,000 dan baucar staycation Hotel The KL Journal melalui peraduan detik bergambar di gerai foto yang disediakan.

Nota
*Set kate spade Cabana jenga edisi terhad juga boleh didapati dengan pembelian RM1,000.

Comments

Popular posts from this blog

EKSKLUSIF: BUKAN SEKADAR FILEM AKSI, 'HUNTER ELEVEN' ADALAH MISI MALAYSIA MENAKLUK SINEMA DUNIA

ORANG RAMAI BERATUR PANJANG DI SELURUH NEGARA KETIKA SHOPEE BELANJA RAKYAT MALAYSIA BUTTERCRÈME LATTÉ PERCUMA DARIPADA ZUS COFFEE SEMPENA RAYA

EARLY AUTISM PROJECT MENGANJURKAN RUN FOR AUTISM 2026 SEMPENA ULANG TAHUN KE-20 UNTUK MENGUMPUL DANA BAGI INDIVIDU DENGAN AUTISME