KOTEX® MEMPERKASA WANITA DAN CABAR STIGMA HAID DENGAN KEMPEN ‘NOTHING TO HAID’
Adakah anda pernah merasa malu apabila mengalami haid? Adakah anda berusaha sedaya upaya untuk menyembunyikan tuala wanita anda daripada dilihat orang lain? Kaum wanita mesti kenal taktik-taktik ini. Ianya jelas bahawa mereka hanya berani mengeluarkan tuala wanita dari beg atau poket apabila tiada orang melihat sama ada semasa di tandas ataupun untuk diberikan kepada rakan mereka.
Stigma berkenaan haid amat berleluasa dalam kalangan masyarakat Malaysia buat sekian lama dan Kotex bermatlamat untuk membawa perubahan terhadap perkara tersebut. Kotex menjadi pemangkin dan telah membuka laluan kepada wanita dan anak-anak remaja untuk mencabar stigma tersebut menerusi pelancaran rangkaian signature mereka, Soft & Smooth, yang menampilkan rekaan baharu di bawah kempen Nothing to Haid. Tuala wanita Kotex kini datang dalam rekaan yang di inspirasi oleh batik dengan warna-warna terang yang bertujuan bukan sahaja untuk menormalkan tuala wanita tetapi juga membuatnya lebih glamor! Dengan ini, Kotex menggalakkan wanita untuk berhenti menyorokkan diri apabila didatangi haid dan berani menghulurkan tuala wanita mereka dengan bangga.
Bersempena pelancaran wajah baharu Soft & Smooth, Kotex memulakan satu pergerakan untuk memecahkan stigma yang mengelilingi tuala wanita. Sejak dulu lagi, wanita diajar supaya menyorokkan tuala wanita masing-masing dan memperolehinya secara senyap. Pergerakan Kotex ini bertujuan untuk mengikis dan mencabar pemikiran ini. Dengan media sosial yang memainkan peranan penting dalam kehidupan celik digital dan membolehkan kita untuk sentiasa terhubung, Kotex akan memanfaatkan platform-platform tersebut dan bekerjasama dengan rakan-rakan influencer untuk membantu mengubah tahap pemikiran yang memerlukan wanita untuk menyembunyikan tuala wanita mereka. Hasrat Kotex adalah untuk memulakan perbincangan dan mencetus perubahan sebenar di seluruh Malaysia. Kotex menjemput semua wanita dan remaja perempuan, malah golongan lelaki juga, untuk menjadi sebahagian daripada pergerakan #PassTheKotex ini dengan rasa bangga!
“Kotex sentiasa bersemangat dan mengambil langkah aktif dalam menangani kemiskinan haid dan memperkukuhkan pengetahuan umum terhadap kitaran bulanan wanita, serta menghapuskan stigma berkaitan dengan haid. Stigma berkenaan haid dan tuala wanita amat meluas dalam kalangan masyarakat buat sekian lama. Kita perlu mengambil langkah yang lebih proaktif untuk menangani stigma supaya kemajuan kaum wanita tidak ketinggalan dalam hal dunia dan ekonomi. Kotex Soft & Smooth kami memaparkan rekaan baharu yang menonjol dan direka bagi memastikan ia lebih menarik untuk mencabar pendapat yang merasakan tuala wanita adalah suatu yang perlu disorok. Menerusi kerjasama kami dengan influencer yang popular, kami berhasrat untuk menjadikan pergerakan #PassTheKotex satu usaha nasional yang membantu menghapuskan stigma yang mengelilingi tuala wanita,” kata Radhika Agarwal, Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia.
Kotex mahu memastikan haid tidak menjadi penghalang kepada wanita yang progresif dan ini merupakan suatu yang diberi perhatian menerusi pelbagai usaha untuk mendidik mengenai haid, menangani isu kemiskinan haid serta memecah stigma mengenainya. Di Malaysia, Kotex telah berjaya memperkasakan lebih daripada 1 juta wanita dan remaja perempuan sejak 20 tahun lalu menerusi pelbagai program pendidikan kebersihan dan pengurusan haid serta sumbangan produk yang diadakan dengan usaha sama pihak sekolah, universiti dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO). Kotex telah menyumbang lebih 100,000 pek produk tuala wanita sejak enam bulan lalu bagi membantu wanita dan remaja perempuan yang memerlukan di seluruh negara. Kotex turut telah memberi sokongan kepada Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls), Women’s Aid Organisation (WAO), World Vision dan pelbagai pihak lain untuk membantu mangsa-mangsa bencana banjir yang ditimpa pada Disember tahun lalu.
Kotex menggalakkan semua pihak di seluruh negara untuk mara dengan berani dan #PassTheKotex bagi memecah stigma berkaitan tuala wanita.
Untuk menyertai usaha ini, anda hanya perlu:
- Memuat naik post di Instagram atau Tiktok yang menampilkan cara anda #PasstheKotex dengan kreatif dan menyeronokkan kepada seorang rakan bersama kami.
- Pastikan anda menggunakan hashtag #PassTheKotex apabila membuat post berkenaan.
- Jangan lupa untuk tag @kotexmy!
Sertai pergerakan #PassTheKotex sekarang untuk merebut peluang memenangi BOLD KIT yang dipenuhi pelbagai hadiah menarik bernilai RM150! Selain itu, lima (5) penyertaan paling kreatif akan memenangi baucar Zalora bernilai RM500 setiap seorang bagi penampilan berani anda! Siapa kata anda tidak boleh berseronok sambil membuat perubahan yang positif?
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Kotex Soft & Smooth terbaharu ini dan mengambil langkah lebih berani dalam hidup anda! Kotex Soft & Smooth yang menarik ini boleh didapati di semua kedai di seluruh negara mulai 1 April 2022. Ayuh kita bersama-sama memecah stigma haid ! Beli satu pek tuala wanita Kotex dan #PassTheKotex sekarang!
Kotex komited melaksanakan misinya untuk membentuk masyarakat berilmu berkenaan pengurusan kebersihan haid dan membasmi kemiskinan haid. Filem mengenai rangkaian terbaharu Kotex dipapar di sini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ‘Kotex Soft & Smooth’ serta pergerakan #PassTheKotex, sila layari laman https://www.kotexshecanproject.com/ dan kunjungi laman Facebook dan Instagram Kotex untuk maklumat lanjut.
Comments
Post a Comment