SITI SALEHA MELENGKAPKAN TRIO PEMERKASAAN WANITA DALAM ‘WOMEN TALK’


Program bual bicara WOMEN TALK yang menampilkan pengacara utama Deborah Henry dan pengacara bersama, Zoraya Vadillo telah mula bersiaran di TV3 dan www.tonton.com.my pada 2 April lalu. Siti Saleha bakal melengkapkan program ini sebagai pengacara bersama, dengan penampilannya bermula 14 Mei. Pengacara dan pelakon yang menerima pelbagai anugerah bagi drama terkenal 7 Hari Mencintaiku ini akan berkongsi pandangan dan berbincang dengan lebih lanjut tentang isu-isu yang menjadi fokus utama dalam kalangan wanita.

Pengacara trio berpengalaman ini akan meneruskan perbincangan topik dan isu yang menarik untuk golongan wanita bersama dengan tetamu dan ikon jemputan. Antara topik yang akan diselami adalah berkaitan industri perniagaan, membincangkan perceraian, peranan wanita dalam kepemimpinan, stabiliti kewangan, langkah ke arah kecantikan dan banyak lagi. Tetamu yang dijemput adalah mereka yang berpengalaman dalam bidang berkaitan topik mingguan. Antaranya pengarah pengurusan Chriszen Mandy Leong, pengasas Pops Malaya Rose Yasmin Karim, selebriti terkenal Siu Lim, peguam syariah perceraian Nursahila Ayub, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Datuk Dr Hafsah Hashim, penasihat kewangan Brenda Yong, mangsa kebankrapan Soo Wincci, dan juga ahli estetik dan doktor selebriti Dr Katalina.

Sebelum ini, Women Talk juga telah mengupas topik-topik penting dalam memperkasakan wanita seperti meraikan kemenangan wanita Malaysia bersama Datuk Nicol David dan wakil United Nations Datuk Noor Farida Ariffin, kerisauan berkaitan gangguan seksual bersama peguam kes gangguan seksual Datuk David Morals dan ahli pakar Anti-Gangguan, Buli dan Diskriminasi Emillia Sharff, soalan-soalan berkaitan wanita dan kanak-kanak dan program vaksinasi Covid-19 bersama Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Adeeba Kamaruzaman dan doktor terkenal sosial media Dr Malar Santhi, definisi isteri yang baik bersama pembicara Iconic Women Series Sharifah Najwa Syed Abu Bakar, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Hans Isaac, dan juga topik untuk memastikan kesihatan mental bersama pakar psikiatri, Dr Cassandra Aasmundsen-Fry dan mangsa penyalahgunaan dadah, Eka Shereen.

Women Talk juga boleh didapati di www.tonton.com.my dan saluran rasmi TV3 di YouTube. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM