SUNWAY PYRAMID SINGKAP ZAMAN PURBAKALA BERSAMA FILEM JURASSIC WORLD DOMINION


Francais filem pecah panggung kegemaran ramai yang berkisarkan dinosaur bakal menemui pengakhirannya dan Sunway Pyramid mengambil peluang untuk berganding bahu dengan Universal Pictures bagi membawakan sebuah pengalaman istimewa bertemakan haiwan purbakala ini buat para pembeli-belah.

Mulai hari ini hingga 12 Jun, para pengunjung dapat menikmati pelbagai pameran dan aktiviti yang menarik bertemakan filem Jurassic World Dominion secara eksklusif hanya di Sunway Pyramid.

Mengambil tempat beberapa tahun selepas peristiwa dalam filem yang lalu, Jurassic World Dominion meneroka persoalan sama ada manusia dan dinosaur dapat hidup bersama – dan sementara persoalan tersebut dirungkai dalam filem ini, Sunway Pyramid akan mempersembahkan dunia jurasiknya menerusi kempen istimewa ini dengan menyajikan aneka pengalaman, aktiviti dan ganjaran.


Pembeli-belah boleh mengunjungi Blue Concourse di LG2, di mana keseronokan menanti anda! Mereka boleh bersuka ria di Jurassic World Evolution 2 Game Zone serta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti membuat ambar dan fosil dinosaur atau mengasah naluri paleontologi mereka dengan mencari tulang-tulang dinosaur yang tertanam.

Di tengah-tengah dataran tersebut, para pengunjung dapat melihat bintang-bintang filem ini dalam bentuk model 3-D seperti Velociraptor Blue dan Beta berserta booth gambar Tyrannosaurus Rex (T-Rex) di sebelahnya.


Pembeli-belah juga boleh mengunjungi booth berhampiran TGV Cinemas yang akan menjual set hidangan kombo eksklusif yang meliputi barangan Jurassic World Dominion di dataran tersebut. Lencana pin Jurassic World Dominion akan disediakan di semua lokasi TGV Cinemas IMAX, manakala topi besbol akan ditawarkan secara eksklusif di Sunway Pyramid, Sunway Velocity Mall, dan Sunway Putra Mall.

Para peminat juga boleh membeli barangan bertemakan filem ini dari booth yang terletak di dataran tersebut sambil menonton klip filem Jurassic World Dominion pada dinding TV LED yang diletakkan di belakangnya, sekali gus melahirkan atmosfera Jurassic World yang mempesonakan.

Keterujaan terus disuntik di pusat beli-belah ini dengan pelbagai stesen yang didirikan oleh jenama-jenama seperti Agenda Suria, Philips, dan Lego. Anda boleh menemukannya di Orange Avenue, LG2; LG1 di ruang berhadapan dengan Coffea Coffee; serta di sekitar gelanggang luncur ais juga di aras LG1. Stesen-stesen khas ini merupakan sebahagian daripada sajian pengalaman kembara Jurassic World Dominion, di mana pelanggan perlu melengkapkan beberapa aktiviti untuk menebus seunit kotak rahsia Jurassic World Dominion berserta miniatur dinosaur di dalamnya.


Sebagai ganjaran tambahan bagi aktiviti yang disempurnakan, baucar promo akan diagihkan kepada pembeli-belah untuk dibelanjakan pada barangan Jurassic World Dominion di laman sesawang Sunway eMall di mana mereka juga boleh menikmati khidmat penghantaran percuma ke seluruh Malaysia khas untuk pembelian ini!

Lima pelanggan bertuah juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama daripada Cabutan Bertuah yang berupa televisyen Android Philips 55”, jadi mereka dapat mengamati adegan-adegan yang mengujakan dalam kualiti yang lebih hebat. Untuk mengambil bahagian, pembeli-belah harus membelanjakan minimum RM150 atau RM100 bagi ahli Sunway Pals di pusat beli-belah ini lalu menghantar resit mereka melalui aplikasi mudah alih Sunway Pyramid. Menerusinya, ahli Sunway Pals dapat meraih mata ganjaran Pals dan mendapatkan stiker untuk diletakkan pada resit mereka bagi melayakkan penyertaan. Pemenang akan dimaklumkan pada penghujung kempen tersebut.

Jason Chin, Pengurus Besar Sunway Pyramid teruja untuk mengalukan pembeli-belah ke Sunway Pyramid bagi menyambut bersama kemeriahan kempen Jurassic World Dominion. “Filem berfungsi untuk menarik perhatian kita, memberi inspirasi dan mencetus keterujaan – dan pengalaman seumpama inilah yang kami ingin sajikan buat pembeli-belah kami di sini. Dari meneroka tulang dinosaur hingga menyaksikan haiwan purbakala ini dimodelkan dalam saiz sebenar, kami ingin memberikan mereka peluang untuk mendalami pengalaman yang istimewa ini dengan semua deria mereka bersama Jurassic World Dominion. Kami ingin meluaskan pengalaman sinematik yang melangkaui layar lebar, dan kami berbesar hati dengan usaha sama yang dijalin bersama Universal Pictures bagi mencungkil sifat kanak-kanak dalam diri kita di samping mencipta kenangan-kenangan manis pada masa yang sama!”


Jurassic World Dominion akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 9 Jun 2022.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Jurassic World Dominion oleh Sunway Pyramid, sila layari https://www.sunwaypyramid.com/jurassic-world-at-sunway-pyramid serta platform media sosial Sunway Pyramid.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA