ZAZO MAULANA PERTARUHKAN SINGLE TERBAHARU 'DUHAI HATI' - OST 'AKU BUKAN ISTERI BIDAAN'


Zazo Maulana atau nama sebenarnya Siti Zaleha Zolkeply, kini muncul dengan single keduanya bersama Alternate Records & Talents iaitu Duhai Hati. Lagu unik ini merupakan hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh manakala liriknya oleh Ikhwan Fatanna dan Arisz Ab Rahman.

Lagu Duhai Hati ini adalah berkisarkan tentang perasaan cinta yang tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata. Lagu ini dilihat sesuai menjadi lagu runut atau OST kepada drama terbaharu di slot Samarinda TV3 iaitu ‘Aku Bukan Isteri Bidaan’ yang dilakonkan oleh Scha Elinnea, Hisyam Hamid, Wanns Ahmad, Ellyas Abdullah dan ramai lagi. Drama ini telah mula diitayangkan pada 16 Mei ini.

Menurut Zazo Maulana, “Saya amat berterima kasih kerana diberikan peluang untuk menyanyikan lagu OST. Lagu Duhai Hati ini sebenarnya tidak mudah untuk dibawakan tapi saya sahut cabaran untuk menyanyikan lagu ini. Saya harapkan agar pendengar semua dan juga orang-orang yang baru mengenali saya dapat menerima lagu ini dan terus memberikan sokongan penuh kepada saya untuk lebih berkembangan.”


Zazo Maulana atau nama sebenarnya Siti Zaleha Zolkeply, bukanlah seorang pendatang baru di dalam industri muzik tanahair kerana sebelum ini beliau pernah menerbitkan beberapa buat lagu bersama komposer terkenal tanah air seperti Tam Mustafah dan berduet dengan beliau sekitar tahun 2020. Minat mendalam dalam bidang membuatkan Zazo Maulana sanggup busking bersama gitarnya di tepi jalan hingga ke luar negara seperti Indonesia, Singapura dan Australia.

Bakatnya semakin terserlah apabila beliau berjaya menjadi juara dalam program realiti Lagu Cinta Kita musim ke 3 bersama pasangannya Syafeek Ikhwan. Zazo Maulana seorang penyanyi versatil yang memiliki vokal range yang sangat hebat ini bukan sahaja boleh menyanyi tetapi juga beliau boleh bermain alatan muzik seperti gitar dan piano. Lebih menarik, beliau juga merupakan guru muzik untuk kanak-kanak.

Single Duhai Hati nyanyian Zazo Maulana, edaran Alternate Records & Talents kini boleh didengari di semua saluran digital bermula 20 Mei 2022.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES