LAGU CALUM SCOTT "HEAVEN" TERIMA SENTUHAN ISTIMEWA DARIPADA DIANA DANIELLE


Lagu terbaharu penyanyi dan pencipta lagu pemenang pelbagai anugerah asal Britain, Calum Scott yang berjudul “Heaven” telah diberi sentuhan yang lebih segar dengan pembabitan beberapa bintang Asia Tenggara. Bintang-bintang pop tersohor rantau ini dari Filipina (Darren Espanto), Malaysia (Diana Danielle), Vietnam (Hoàng Duyên) dan Indonesia (Lyodra), telah merakam semula balada syahdu Calum dengan cara mereka tersendiri, namun masih mengekalkan intipati lagu tersebut. 

Dijadualkan untuk pelancaran pada 3 Jun 2022, empat lagu hasil kerjasama ini mengungkap perasaan jatuh cinta dengan gambaran syurgawi yang melangkaui segala perbatasan emosi.

Menampilkan beberapa bintang tersohor serantau seperti Darren Espanto, salah satu bintang pop terhebat Filipina sejak sedekad lalu, Lyodra, pemenang Indonesian Idol 2020 yang terkenal dengan suara hebatnya, Diana Danielle, pelakon dan penyanyi popular Malaysia dengan lebih enam juta pengikut di media sosial serta Hoàng Duyên, salah seorang artis Vietnam yang semakin meningkat naik.

“Ia satu pengalaman yang sangat mengujakan kala dapat bekerjasama dengan Calum untuk lagu Heaven. Berkolaborasi dengannya untuk lagu seindah ini sambil mewakili Malaysia adalah pengalaman yang tak akan saya lupakan,” kata Diana Danielle.

Balada penuh makna itu menampilkan bakat Calum dalam meluahkan emosi.

“Sebagai pencipta lagu, kami sentiasa mencari cara baharu untuk mengucapkan kata-kata seperti ‘aku rindu pada mu’ atau ‘aku cinta pada mu’ kata Calum, yang menulis “Heaven” bersama Hayley Warner (seorang penyanyi dan pencipta lagu kelahiran Australia yang juga pernah mencipta lagu Katy Perry dan Tori Kelly). 

Konsep ‘Heaven’ adalah percintaan agung antara dua insan yang tidak tergambar. Saya menyukai idea meletakkan ‘kuasa’ dalam perhubungan cinta. Ini diserikan lagi dengan lirik puitis dalam Bahasa Inggeris, “What good is life if we’re all just waiting to dance in the sky?” (yang bermaksud apa gunanya hidup jika kita hanya menanti untuk menari di langit), yang merupakan hasil satu penghargaan dalam menikmati kehidupan dengan menyerahkan segalanya pada cinta.

Setiap versi lagu ini akan dilancarkan bersama muzik video rasmi pada 9 Jun 2022.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA