OREO RAI HARIJADI KE-110 MENERUSI RASA EDISI TERHAD DAN FILTER AR MERIANGKAN DI MALAYSIA
Kaya
dengan krim vanila beserta sprinkles iaitu taburan warna-warni,
pilihan terbaharu ini boleh didapati di seluruh negara dalam tempoh terhad -
dari Jun hingga Julai 2022.
Sebagai
permulaan keraian, OREO akan melancarkan filter
Instagram realiti terimbuh (Augmented
Reality-AR) yang pasti menggembirakan pengguna. Filter AR tersebut
menjemput orang ramai untuk meniup 110 lilin hari jadinya.
“Selama
lebih seabad, OREO telah merapatkan hubungan keluarga dengan menyediakan
pengalaman yang menggembirakan. Bersempena hari jadi kami ke-110 tahun ini,
kami memperkenalkan rasa kemeriahan baharu dan pengalaman AR unik yang
diinspirasikan boleh aksi yang diamalkan setiap kali keraian iaitu meniup lilin
di atas kek dan sebagainya. Kami amat teruja untuk meraikan kekayaan warisan
110 tahun OREO dan tidak sabar untuk berkongsikan kemeriahan serta kegembiraan
kami bersama pengguna di seluruh negara,” kata Arpan Sur, Pengarah Pemasaran Mondelez International, Malaysia dan
Singapura.
Kemeriahan sambutan diteruskan menerusi siaran iklan
televisyen di seluruh negara. Iklan tersebut memaparkan seorang bapa meniup
lilin dalam filter AR dan menjemput
orang ramai untuk sama-sama meraikan harijadi OREO. Turut dipaparkan krim
perisa OREO Birthday Cake yang kaya dengan sprinkles
berwarna-warni yang menyelerakan.
Biskut Birthday OREO edisi terhad adalah pilihan pertama
OREO yang memaparkan sprinkles pelangi
dan krim berperisa kek harijadi di tengah-tengah dua kepingan biskut coklat.
OREO juga akan menganugerahkan 110 ‘hadiah’ harijadi eksklusif kepada penggemar OREO sebagai tanda
penghargaan kerana bersama jenama ini selama 110 tahun.
Individu yang meniup kesemua 110 lilin dalam tempoh 15
saat menerima filter AR OREO di
Instagram juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti
sebuah iPhone13 Pro, bekalan OREO perisa kegemaran selama setahun dan pelbagai
lagi. Cubalah di sini.
Untuk maklumat lanjut serta mengetahui terma dan syarat
peraduan harijadi OREO, ikuti @OREO.mysg di Instagram serta akses pautan di
bahagian bio atau melayari laman Facebook OREO.
Tonton #WishOreo110 di sini: https://www.youtube.com/watch?v=U00r4ZVojeI
Cubalah filter
Instagram OREO di sini: https://oreobirthday.oreo.my
Comments
Post a Comment