TEROKAI ‘PINKFONG WONDERSTAR CARNIVAL 2022’ DARI 1 HINGGA 12 JUN DI PAVILION BUKIT JALIL

 

Peminat Pinkfong, jenama animasi menawan hati kanak-kanak di sebalik fenomena popular Baby Shark, boleh menantikan ‘Pinkfong Wonderstar Carnival 2022’ dari 1 hingga 12 Jun, 10 pagi - 10 malam di Centre Court, Pavilion Bukit Jalil, KL. Peminat cilik akan berpeluang untuk menerokai bumi menarik iaitu 'WonderVille' dan bertemu Pinkfong, kawan baiknya Baby Shark, dan rakan Hogi, dari siri Pinkfong Wonderstar.

Peminat cilik juga boleh menikmati aktiviti menarik yang direka khas untuk meningkatkan kreativiti mereka sambil bergembira, termasuk bertemu mesra dengan Pinkfong, Baby Shark dan Hogi, sudut bergambar dan satu siri bengkel seni dan kraf tangan untuk membuat penanda buku dan banyak lagi. Selain itu, kanak-kanak juga boleh menyertai persembahan pentas Pinkfong, permainan digital, permainan kad dan cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Di karnival ini, peminat juga boleh membeli barangan eksklusif Pinkfong seperti Pinkfong First Learning Kit, Pinkfong Plush Toys dan mainan pembelajaran Pinkfong Fun Pack termasuk perkakas, alat tulis, buku dan cecair sanitasi Pinkfong.

Untuk maklumat lanjut tentang ‘Pinkfong Wonderstar Carnival 2022’, layari astro.com.my/pinkfongwonderstar

Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

TOUS LES JOURS KINI BERTAPAK DI MALAYSIA: CJ FOODVILLE GANDING BAHU DENGAN STREAM EMPIRE HOLDINGS UNTUK LANCARKAN PENGALAMAN BAKERI PERANCIS-KOREA

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3