11 PROGRAM KHAS AIDILADHA DI TV2, BERTEMAKAN INDAHNYA PENGORBANAN

Rock Sampai Jannah

Salam Aidiladha dizahirkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 dengan menjanjikan tayangan 11 program terbaik bersiaran empat hari berturut-turut mulai 9 Julai hingga 12 Julai depan.

Tahun ini, menganSgkat tema Indahnya Pengorbanan, penonton saluran TV2 berpeluang membuat pilihan program yang disiarkan mengikut citarasa mereka sendiri merangkumi telemovie, hiburan, bual bicara dan filem pelbagai genre.

Hiburan Khas Aidiladha dibawakan kepada semua terbitan Unit Hiburan TV RTM dalam program diberi tajuk “Nur El Adha” disiarkan pada 9 Julai ini, pukul 9.30 malam yang menyajikan hiburan muzikal santai yang diselangi dengan perkongsian ilmu daripada Ustaz Abdullah Khairi tentang makna dan konsep pengorbanan dalam Ibadah. Nur El Adha menampilkan pengacara Amin Idris dan Fiza Saad serta artis-artis terkenal tanah air seperti Black Hanifah, Wany Hasrita, Afieq Shazwan, Pasya, Wani Kayrie, Wani Syaz serta penampilan istimewa bekas atlet dan ratu boling kebangsaan Syaidatul Afifah.



Berhibur dengan persembahan lagu-lagu bergenre nasyid, world music dan puisi ketuhanan dalam tiga konsert daripada kumpulan nasyid terkenal tanah air. Program terbitan Unit Hiburan TV RTM ini bermula dengan “Konsert Minggu Ini Mirwana” (10 Julai 2022, pukul 8.30 pagi), membawakan duo Heliza Helmi dan Hazwani Helmi, “Konsert Minggu Ini Nazrey X Hijjaz” (11 Julai 2022, 8.30 pagi) dan Konsert Minggu Ini In Team” (12 Julai 2022, 8.30 pagi) menampilkan artis undangan Achey.

Edisi khas Aidiladha program “Tapau Show #kasiviral” bersiaran secara langsung pada 10 Julai ini, pukul 11.00 pagi. Mengetengahkan tajuk ‘level up’, program satu jam yang mengetengahkan gandingan hos Afieq Shazwan dan Nen Tebabo ini mengupas topik dakwah cyber dan pengorbanan. Artis undangan khas episod ini Ustza Rahmat, Johan As’ari, Idris Shamsuddin, Sky Kyoji dan Ijoy.

Antara yang ditunggu-tunggu pastinya tayangan telemovie khas bertajuk “Hidayah Bukan Milik Kita” (10 Julai 2022, pukul 1.00 tengah hari), “Sebelum Pulang” (11 Julai 2022, pukul 3.00 petang) dan “Rock Sampai Jannah” (12 Julai 2022, pukul 9.00 malam).

“Hidayah Bukan Milik Kita”

Telemovie “Hidayah Bukan Milik Kita” mengetengahkan kisah tiga orang perompak tersalah merompak sebuah rumah Imam dan Mutawwif yang akhirnya membawa mereka mendekati agama. Lakonan mantap Joey Daud, Khairil Ridzuan, Mohamad Zulhelmi, Mubarak Majid, dan Wafariena Roslan. 

“Sebelum Pulang”

Tidak kurang menariknya telemovie “Sebelum Pulang”, sebuah drama yang mengisahkan liku-liku kehidupan yang dilalui oleh seorang anak yang tidak disukai ayah dan saudaranya kerana beranggapan dia membawa nasib malang. Walaupun berbagai tohmahan dan penghinaan dilempar kepadanya dia tetap bersabar dan berusaha untuk berbakti kepada kedua orang tuanya. Dia sanggup berkorban demi membahagiakan kedua orang tuanya. Dia akhirnya meninggal dunia setelah berjaya menghantar kedua mereka menunaikan haji di Mekah. Drama ini dibintangi pelakon Nad Zainal, Jalaludin Hassan, Wan Maimunah Aziz, Amyza Adnan, Emilia Hanif, Kamal Rezuan, dan Ayu Ayuni.

“Rock Sampai Jannah”

Dengan tajuk santai “Rock Sampai Jannah”, TV2 mengajak penonton berkongsi lakonan Afieq Syazwan Ayie Elham, Sharul Kamal, Haridz Suhaile, Zuhairi Ibrahim, dan Rosnah Johari tentang kisah empat rakan karib semenjak di sekolah menengah lagi. Mereka sering menghabiskan masa bersama-sama berfantasi untuk menubuhkan sebuah kumpulam rock yang hebat. Mereka nekad untuk meniggalkan taman perumahan mereka untuk menyertai sebuah pertandingan nasyid. Demi mengejar cita-cita sebagai kugiran rock terhebat Malaysia.


Penggemar filem pula nantikan tayangan “Bikeman 2” (9 Julai 2022, pukul 11.00 malam), “Ka Pae Ranasingam” (10 Julai 2022, pukul 9.00 malam) dan “Yeh Saali Aashiqui” (11 Julai 2022, 9.00 malam).

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!