BIO-LIFE ANJUR CABARAN IMUNITI 21 HARI 'GOOD HEALTH BY YOURSELF' DENGAN HADIAH BERNILAI LEBIH RM46,000!


Apabila dunia dilanda dengan pandemik COVID-19, terdapat ramai nyawa telah terkorban akibat virus maut tersebut. Oleh sebab itu, orang ramai kini lebih sedar akan kepentingan untuk mengekalkan sistem imun yang kukuh dan lebih kuat, sama ada melengkapkan diri dengan perlindungan yang lebih baik atau dengan menjaga kesihatan mereka dengan lebih sempurna.

Mengamalkan tabiat sihat dapat membantu membina sistem imun yang lebih kuat. Imun yang kuat bertindak sebagai "perisai" untuk mempertahankan badan daripada sebarang serangan virus. Tabiat kesihatan yang baik termasuklah mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan nutrien mikro, bersenam atau kekal aktif secara fizikal dengan kerap dan juga memperuntukkan masa untuk berehat dan menghilangkan tekanan. Walau bagaimanapun, semua ini lebih mudah untuk diucapkan daripada dilakukan. Mengamalkan tabiat ini secara konsisten dalam jangka masa yang panjang mungkin sukar bagi sesetengah orang.

BiO-LiFE, sebuah syarikat penjagaan kesihatan semula jadi dan holistik yang telah bertapak lebih 30 tahun di Malaysia, menjemput warga Malaysia untuk bangkit bersama-sama dengan Cabaran Imuniti 21 Hari Good Health By Yourself (GHBY)!


Melalui cabaran ini, BiO-LiFE berharap dapat membantu lebih ramai warga Malaysia untuk memahami kepentingan hidup sihat agar kita dapat membina sistem imun yang lebih kuat dalam menghadapi ancaman berterusan daripada virus yang mudah berjangkit dan sentiasa berubah. Lebih-lebih lagi, bagi peserta yang paling kreatif melengkapkan cabaran ini akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah terkumpul bernilai lebih RM46,000!

Balaji Rajagopal, Pengurus Besar MEGA BiO-LiFE Malaysia & Singapura menyatakan hasrat syarikat di sebalik pengenalan Cabaran Imuniti GHBY 21 Hari : “Sejak kebelakangan ini, imuniti merupakan sesuatu yang kita tidak boleh ambil mudah. Dengan begitu banyak risiko di sekeliling kita, adalah penting untuk kita mengekalkan kesihatan dan menguatkan imuniti supaya kita sentiasa dapat dilindungi. Melalui cabaran ini, kami mengambil peluang untuk menggalakkan warga Malaysia supaya sentiasa aktif, kekal sihat dan mengoptimumkan imuniti mereka!”

“Pakar mengatakan bahawa manusia mengambil masa 21 hari untuk membentuk sesuatu tabiat. Dengan mencabar diri sendiri untuk berpegang kepada rutin baharu selama 21 hari, kita mungkin dapat keluar dari zon selesa, bahkan juga mengamalkan gaya hidup baharu dan lebih baik sekiranya tabiat tersebut dapat menyumbang kepada imuniti kita! Sama ada bersarapan setiap hari, berjalan 10,000 langkah sehari atau mengurangkan setengah jam masa skrin setiap hari - cuma pilih satu cabaran yang paling sesuai dengan matlamat anda! Walaupun dengan diri sendiri, adalah tidak mustahil untuk membuat perubahan dan menikmati kesihatan yang baik,” sambung Balaji Rajagopal.


Mulai 1 Jun hingga 31 Julai 2022, buatlah janji untuk mencapai matlamat melalui Cabaran Imuniti GHBY 21 Hari BiO-LiFE! Hanya pilih satu cabaran kesihatan daripada salah satu kategori (diet, aktiviti fizikal atau gaya hidup) dan kongsikan kemajuan anda dalam tempoh 21 hari di media sosial berdasarkan garis masa di bawah:

Hari 1 - Permulaan

Kongsikan cabaran peribadi anda dengan kad jemputan yang akan dihantar selepas mendaftar dalam talian. Galakkan rakan dan keluarga anda untuk menyertai bersama!

Hari 7 & 14 – Kemas kini kemajuan

Kongsikan pendapat anda tentang cabaran anda setakat ini, sama ada dalam bentuk gambar atau video.

Hari 21 – Kesimpulan

Cabaran tamat! Kongsikan hasil akhir dan apa-apa yang ada dalam fikiran anda selepas menyelesaikan cabaran, seperti perubahan yang anda perhatikan dan sama ada anda bercadang untuk meneruskan tabiat sihat ini.

Pastikan hantaran yang berkaitan dengan Cabaran Imuniti GHBY 21 Hari BiO-LiFE memenuhi kriteria berikut:

· Siaran media sosial didedahkan kepada umum dan dikongsi melalui Facebook dan/atau Instagram; ;

· Tag BiO-LiFE di Facebook @biolifemarketing dan Instagram @biolifemy dengan hashtag #21dayschallenge #MegaBiolifeGHBY #takechargeofyourwellness;

· Tambahkan templat pelekat yang anda terima dalam e-mel pengesahan pada foto atau video anda sebelum menyiarkannya melalui laman sosial anda.

Paling penting, 300 orang peserta pertama yang menamatkan Cabaran Imuniti GHBY 21 Hari adalah pemenang! Walau bagaimanapun, untuk menjadikan cabaran ini lebih menarik, siaran paling kreatif berpeluang memenangi hadiah-hadiah tambahan yang berjumlah lebih daripada RM46,000:

Hadiah Utama (5 pemenang)

· Penginapan 3H2M di Langkawi Bella Vista Waterfront bernilai RM810 (Suite Bella Vista, termasuk sarapan pagi dan 2x tiket masuk dewasa ke Splash Out Langkawi)

Hadiah Istimewa (50 pemenang)

· Pin tambah nilai Touch n’ Go eWallet bernilai RM50

· Bekalan 1 bulan BiO-LiFE Imunix

Hadiah Saguhati (100 pemenang)

· Pin tambah nilai Touch n’ Go eWallet bernilai RM30

· Bekalan 1 bulan BiO-LiFE Imunix

Hadiah Penyertaan (untuk peserta yang melengkapkan cabaran 21 hari, terhad kepada 300 peserta terawal sahaja)

· Bekalan 1 bulan BiO-LiFE Nat B Fizzy

· 1 pingat istimewa

Daftar untuk Cabaran Imuniti 21 Hari Good Health By Yourself BiO-LiFE. Mulakan di sini : http://biolife.2.vu/21Dsignup

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Bio-Life Malaysia https://www.facebook.com/biolifemarketing.

 

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!