GEDUNG NIKE BERKONSEP KOMUNITI KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID


GMG – sebuah syarikat jualan, edaran dan pengilangan produk sukan, makanan dan kesihatan, telah memperkenalkan sebuah gedung Nike yang baharu di Sunway Pyramid sebagai sebahagian daripada pengembangan operasinya ke pasaran Asia. Nike By Sunway menampilkan sebuah konsep yang dicipta untuk komuniti setempat yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang hebat kepada orang ramai.


Pembukaan gedung Nike di Sunway Pyramid menandakan satu pencapaian baharu bagi GMG, yang kini mengoperasikan sembilan buah stor-mono Nike di serata Malaysia. Terletak di lokasi strategik, Nike By Sunway dijangka dapat mengumpul dan menghubungkan para penggemar sukan dari pelbagai lapisan masyarakat dalam sebuah pengalaman membeli-belah yang unik. Gedung baharu ini menampilkan staf yang digelar ‘store athletes’ yang berpakaran dalam kategori dan gaya.



Gedung ini menampilkan ruang awam yang mana boleh digunakan oleh pengunjung untuk bersantai dan berhubung dengan penggemar suka yang sama. Selain daripada itu, Nike by Sunway mengekalkan peragaan kasut-kasut Nike yang ikonik mengikut kurasi tempatan dan juga musim. Untuk memberikan pengalaman yang terbaik dari Nike, bilik persalinan juga telah dilengkapi dengan cermin timbul, pencahayaan yang boleh dikawal dan hiasan dalaman yang menarik.




“Kami merasa teruja dengan momentum pengembangan syarikat kami dengan pembukaan semula gedung Nike kesembilan kami di Malaysia. Kami mempunyai strategi pengembangan syarikat yang bercita-cita besar untuk para pelanggan kami di Asia, dan komited untuk membawakan pengalaman membeli-belah yang lancar yang menggabungkan cara digital dan kedai fizikal, produk-produk Nike yang terbaik dan kakitangan yang terlatih. Inilah usaha kami untuk menjangkaui permintaan pelanggan yang semakin naik dan terus berubah mengikut evolusi pasaran,” kata Mohammad A. Baker, Naib Pengerusi dan CEO GMG.



Di Nike By Sunway, kaum Hawa boleh mencuba rangkaian bra sukan dalam pelbagai rekaan dan warna untuk kegunaan kegiatan aktif. Ahli-ahli Nike dialu-alukan untuk mendapatkan ganjaran seperti akses awal untuk produk baharu, pelancaran, acara dan cabutan bertuah yang eksklusif. Gedung ini juga menawarkan khidmat janji temu untuk pembelian di kedai, penghantaran ke rumah dan penngambilan sendiri di lokasi yang ditetapkan di dalam kawasan mall.

Nike By Sunway juga bakal menganjurkan aktiviti sukan komuniti seperti yoga, tarian, larian dan banyak lagi.


Alamat: G167, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.

  

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM