VIU HASILKAN SEMULA K-DRAMA POPULAR, "SHE WAS PRETTY" DALAM BAHASA MALAYSIA


Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka diterajui oleh PCCW baru-baru ini mengumumkan drama Viu Original terbaharu, She Was Pretty, sebuah drama komedi romantik yang dihasilkan semula, dibintangi barisan pelakon hebat dari Malaysia. Tiga episod pertama boleh ditonton di platform Viu bermula 23 Jun ini dengan dua episod baharu boleh ditonton setiap minggu, pada setiap hari Khamis, manakala tiga episod akhir boleh ditonton pada 4 Ogos.

Encik Kingsley Warner, Pengurus Negara Viu Malaysia berkata, “Drama She Was Pretty mempunyai corak penceritaan yang terbukti berjaya. Drama ini bukan sahaja popular di Korea, malah telah dihasilkan semula dalam pelbagai bahasa di pelbagai negara. Dengan jumlah peminat drama yang sangat ramai, pasukan Viu Original mengambil keputusan untuk mengolah kisah ini dengan suasana persekitaran Asia Tenggara dan membawa para pelakon hebat untuk menyajikan siri ini kepada para pengikut Viu di seluruh pasaran kami.”

She Was Pretty adalah sebuah drama romantik komedi berlatarbelakangkan sebuah syarikat majalah fesyen yang menceritakan tentang kisah dua orang sahabat lama, Nadia dan Haniff, yang bertemu semula setelah bertahun terputus hubungan dan menjalani perubahan besar dari segi nasib hidup dan penampilan diri mereka.


Watak Nadia dilakonkan oleh Diana Danielle, yang melakonkan watak utama dalam siri Viu Original, Ganjil pada tahun 2021 dan merupakan pemenang Pelakon Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin pada tahun 2019 untuk watak yang dilakonkan dalam Gol & Gincu Vol. 2. 


Watak Haniff pula dilakonkan oleh Aiman Hakim Ridza, yang popular dengan lakonannya dalam Kimchi Untuk Awak dan merupakan pemenang Artis Lelaki Baharu Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 pada tahun 2012.



Watak Kejora pula dimainkan oleh Daniella Sya yang pernah membintangi filem seperti Abang Long Fadil 3 dan Takut Ke Tak. 


Menyempurnakan barisan pelakon untuk siri romantik komedi ini ialah Alvin Chong, yang pernah memenangi Anugerah Instafamous 2017, dan dikenali melalui drama Suri Hati Mr Pilot dan Awak Suka Saya Tak.

She Was Pretty merupakan arahan Datuk Yusry Abdul Halim, yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Viu untuk menghasilkan drama siri Ganjil pada tahun 2021. Filem beliau, Cicakman merupakan filem popular genre budaya pop, manakala Hikayat Merong Mahawangsa pula menerima lapan anugerah di Festival Filem Malaysia 2011, termasuklah anugerah Filem Terbaik.

Memanfaatkan populariti drama-drama yang dibawakan oleh Viu Original, platform pan serantau ini berada di kedudukan nombor satu bagi perkhidmatan penstriman video premium melibatkan Pengguna Aktif Bulanan dan pelanggan berbayar sehingga suku pertama 2022 di Malaysia, menurut laporan Video Online Asia Tenggara AMPD Suku Pertama 2022 yang dilaporkan oleh Media Partners Asia*.



Menangi percutian ke Korea bersama pelakon Viu Original She Was Pretty dan Blimey!

Sekiranya anda mengikuti perkembangan terkini tentang siri terbaru Viu Original, She Was Pretty, anda mungkin mahu mula merancang untuk percutian lima hari empat malam ke Korea Selatan!

Peraduan ini diumumkan oleh Blimey semasa majlis pelancaran drama Viu Original di Tropicana Gardens Mall pada 21 Jun. Peraduan ini bakal menyaksikan dua pasangan bertuah memenangi percutian ke Korea Selatan, ditemani pelakon utama She Was Pretty, Diana Danielle dan Alvin Chong, dan Blimey!

Anda hanya perlu mengikuti akaun rasmi Instagram dan TikTok @ViuMalaysia dan @BlimeyToYou, serta nantikan posting babak terpilih She Was Pretty setiap minggu.

Muat naik video anda melakonkan semula atau memparodikan adegan tersebut di akaun Instagram atau TikTok anda, dan jangan lupa untuk dan hashtag #SheWasPrettyMalaysia #SheWasPrettyContest, serta tag @ViuMalaysia @Blimeytoyou.

Dapatkan dan isi borang peraduan disini atau di akaun Instagram Viu Malaysia dengan butiran peribadi anda dan pautan ke video anda, beserta slogan 'Saya nak bercuti di Korea bersama BLIMEY, Diana Danielle dan Alvin kerana....’ tidak lebih daripada 15 patah perkataan.

Arahan-arahan ini boleh didapati daripada video oleh Blimey di sini.

Peserta dengan penyertaan lengkap setiap minggu dengan karya video kreatif dan slogan yang menarik akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menang. Pertandingan ini berlangsung bermula 30 Jun hingga 28 Julai.

Penonton Viu boleh menonton siri ini di aplikasi Viu, yang boleh didapati secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan televisyen pintar terpilih serta laman web www.viu.com.

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA

ZURICH MALAYSIA MENINGKATKAN SOKONGAN TERHADAP KOMUNITI KURANG BERKEMAMPUAN DENGAN SUMBANGAN ZAKAT RM60,000 KEPADA YAYASAN EZ PRIHATIN