EJEN ALI MUSIM 3 BAHAGIAN DUA AKAN DITAYANGKAN SECARA EKSKLUSIF DI DISNEY+ HOTSTAR DISEMBER INI


Bahagian Pertama musim ketiga siri animasi Malaysia yang ditunggu-tunggu, Ejen Ali telah ditayangkan pada 25 Jun 2022 di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand, sebelum ianya menikmati kejayaan besar dan menjadi siri yang sangat popular di Disney+ Hotstar di Malaysia.

Sejak pelancarannya, peminat dan penonton telah mengikuti cerita menarik pada musim baharu ini apabila Ali dan rakan-rakannya bersatu kembali untuk pertandingan rahsia Ejen di M.A.T.A. Arena. Sepanjang musim ini, Ali telah menghadapi pelbagai cabaran – daripada menyelesaikan misinya tanpa peranti superkomputernya I.R.I.S. dan bersaing dalam persaingan sengit menentang Ejen Antarabangsa yang berkemahiran tinggi untuk membongkar plot rahsia untuk mendapatkan kawalan ke atas bandar futuristik Cyberaya. Pada masa yang sama, dalam cubaan untuk mendedahkan skim licik Numeros, Ejen terbaik M.A.T.A., Rizwan, telah berpaling tadah dengan bekas ahli Numeros, "Dos".

Dengan pertaruhan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini dan lebih banyak rahsia yang akan didedahkan, peminat tidak akan mahu terlepas Bahagian Dua musim ketiga yang menarik ini. Ianya akan ditayangkan di Disney+ Hotstar pada Disember tahun ini.

Bahagian Dua Musim 3 membangkitkan penampilan mengejut Rizwan semasa huru-hara di Pusat Sains Cyberaya. Memandangkan pertandingan Arena terus berkembang, Ali bergelut untuk menyesuaikan diri sekali lagi manakala pesaing yang tinggal mengintai empat tempat teratas dalam cabaran terakhir. Sementara itu, sosok bayangan, Cero, secara senyap-senyap melancarkan permainannya dan melepaskan serangan letupan Numeros ke atas M.A.T.A.

Dihasilkan bersama oleh Disney+ Hotstar, Primeworks Studios dan WAU Animation, Ejen Ali ialah francais yang merangkul pelbagai anugerah yang menawarkan animasi yang inovatif, luas dengan kepelbagaian dan berkualiti tinggi. Usamah Zaid dan Nazmi Yatim berkhidmat sebagai Pengarah Bersama dalam Bahagian Dua Ejen Ali Musim 3, dengan Shafiq Isa sebagai Pengarah Kreatif dan Suara.

Bahagian Satu Ejen Ali Musim 3 akan berakhir dengan episod 7 pada 6 Ogos 2022. Bahagian Dua akan ditayangkan pada Disember 2022, secara eksklusif di Disney+ Hotstar. Semua episod Ejen Ali Musim 1 dan 2, Ejen Ali the Movie, serta filem pendek Ejen Ali: Misi Juang kini boleh didapati di Disney+ Hotstar.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA