FILEM THRILLER 'KAN CHEONG' LAKONAN NORA DANISH ANGKAT KISAH KESIHATAN MENTAL


Majlis Tayangan Media filem Kan Cheong telah berlangsung dihadiri oleh Penerbit, Pengarah dan para pelakon selain turut dihadiri rakan media dan rakan-rakan artis. Kan Cheong yang dibarisi pelakon terkenal Nora Danish sebagai tunggak utama dibantu oleh pelakon berbakat Jay Iswazir dan Niezam Zaidi serta Shima Anuar akan menjengah Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 mulai 11 OGOS 2022 ini.

Kan Cheong, sebuah karya yang mengangkat isu besar yang semakin berleluasa bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Hampir setiap hari kita akan mendengar atau membaca berita mengenai masalah kesihatan mental yang bukan sahaja merosakkan harta benda malah hingga meragut nyawa. Melalui Kan Cheong kita akan melihat betapa dekat dan bahayanya masalah ini sekiranya ia tidak mendapat perhatian sewajarnya di kalangan masyarakat.


Thinkerbell Studios merupakan sebuah syarikat penerbitan yang ditubuhkan pada tahun 2019 yang sebelum ini banyak mengendali produksi dan menghasilkan skrip untuk filem, drama bersiri, telemovie, program-program TV dan sebagainya. Pada tahun 2022, Thinkerbell Studios mengorak langkah berani dengan menerbitkan buah tangan sulung ini dengan harapan menambah kerancakan dunia penerbitan tempatan selain membuka ruang kepada generasi baru membuktikan kemampuan. Menerusi Kan Cheong Thinkerbell Studios telah memberi kepercayaan kepada pengarah baru iaitu Noor Azlan Shah yang sebelum ini telah banyak bertindak sebagai Penolong Pengarah.

Filem bergenre thriller drama ini telah menjalani penggambaran selama 10 hari pada awal 2022 di tengah negara masih sedang bergelut dengan pandemik Covid-19. Segala cabaran yang dihadapi pasukan produksi yang berkampung di sekitar Kajang akhirnya telah berjaya menghasilkan Kan Cheong ini yang bakal menemui penonton 11 Ogos ini. Pihak Penerbit menaruh harapan yang besar agar ia mendapat perhatian dan sambutan di kalangan penonton.


Penerbit filem Kan Cheong, Azahari Hamid berkata, “Thinkerbell Studios mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pelakon serta krew yang terlibat serta semua pihak yang menyokong kami dari mula ditubuhkan. Tidak dilupakan kepada seluruh rakan media dan rakan industri.”Kan Cheong buah tangan sulung Thinkerbell Studios akan ditayangkan pawagam rumah anda, Astro First melalui saluran 480 dan On Demand mulai 11 OGOS 2022 ini.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!