POTATOES USA SERTAI MARATON TWINCITY 2022 SEBAGAI PENAJA UTAMA

Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, En. Brian D. McFeeters (dua dari kanan) bersama pelari-pelari di Twincity Marathon 2022

Kentang ialah sayur penuh berkhasiat yang membekalkan tenaga, serat, kalium dan Vitamin C yang boleh meningkatkan prestasi sukan di samping membantu membekalkan tenaga kepada ahli sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif. Hasil penemuan kajian baru-baru ini mendapati bahawa kentang mengandungi nutrien yang boleh membawa manfaat kepada individu yang suka melakukan aktiviti kecergasan, pelari maraton dan juga ahli sukan secara umum.

Potatoes USA telah memainkan peranan sebagai penaja utama Maraton Twincity 2022 baru-baru ini. Khemah penaja telah didirikan di tempat acara untuk menempatkan beberapa petugas yang tekun menghidangkan produk kentang A.S. kepada kira-kira 4,000 peserta larian separuh maraton dan juga maraton penuh.


Kentang lenyek A.S. telah dihidangkan untuk membantu pelari mengembalikan tenaga dan nutrien yang diperlukan selepas menamatkan larian maraton. Di samping itu, bahan pendidikan mengenai khasiat dan tenaga yang dibekalkan kentang untuk meningkatkan prestasi sukan juga diedarkan di acara tersebut.

Tuan Yang Terutama Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, En. Brian D. McFeeters, 61 tahun, telah menyertai acara separuh maraton (larian 21km). “Saya sukacita untuk melihat Potatoes USA turut serta sebagai penaja maraton ini dan gembira untuk mendapat tahu bahawa kentang adalah pilihan makanan sihat, dengan kandungan kalium, Vitamin C dan serat yang tinggi – amat sesuai untuk mengembalikan tenaga selepas larian,” ujar En. Brian. “Mungkin sekarang, rakyat Malaysia boleh makan lebih banyak kentang seperti kami di A.S.,” sambung beliau.


Dengan menamatkan larian dengan masa 2 jam 27 minit yang sungguh hebat, Brian menunjukkan bahawa menerusi diet dan bekalan tenaga yang secukupnya, beliau masih boleh menewaskan ramai rakyat Malaysia lebih muda dalam acara separuh maraton, walaupun sudah bergelar warga emas. Jadual yang sibuk tidak menghalang beliau untuk bersenam dengan kerap dan mengamalkan diet yang sihat, dengan bantuan kentang A.S.

Max Lim, 51 tahun, seorang penulis di KL yang memang minat berlari dan merupakan peserta tegar dalam kebanyakan acara maraton. “Sebagai pelari, saya suka kentang A.S. yang penuh dengan khasiat pemakanan yang memastikan saya mempunyai cukup tenaga untuk larian saya. Kentang sungguh mudah dihadamkan dan mengurangkan rasa lapar semasa larian yang panjang dan meletihkan. Tambahan lagi, sajian kentang lazat dan boleh disediakan dengan pelbagai cara –dengan kentang A.S. yang serba guna, resipi memang tiada hadnya,” ujar Max.


Pelari Kelly Chin, 45 tahun, berkata beliau suka makan Kentang A.S untuk mendapatkan bekalan karbohidrat, kerana kentang merupakan alternatif yang lebih sihat. “Kentang adalah salah satu bahan yang mesti ada di dapur saya, untuk digunakan untuk menyediakan pelbagai sajian yang padat dengan nutrien dan penuh dengan tenaga. Kentang membantu membekalkan tenaga untuk senaman dan larian saya,” jelasnya.

Pelbagai kajian yang dijalankan sepanjang tempoh 40-50 tahun lepas juga menunjukkan bahawa karbohidrat ialah makronutrien utama bagi mengekalkan dan menambah baik prestasi sukan. Menurut Nutrition Today, sebuah jurnal A.S., didapati bahawa diet yang seimbang dengan makanan semula jadi berkualiti seperti kentang yang padat dengan nutrien mungkin paling sesuai untuk meningkatkan prestasi fizikal atlet elit dalam acara yang memerlukan daya tahan.


Fakta penting tentang khasiat kentang:
  • 26 gram karbohidrat – Kentang ialah karbohidrat berkualiti yang penuh dengan nutrien, penting untuk mencapai prestasi fizikal dan mental yang optimum, sebagai sumber tenaga utama bagi otak dan otot. Oleh kerana bekalan karbohidrat badan kita adalah terhad dan mungkin kehabisan – walaupun dengan hanya satu sesi senaman berat dan/atau berpanjangan – amat penting untuk menggantikan karbohidrat yang telah digunakan.
  • 620 Milligram Kalium – Kentang saiz sederhana (148g) berserta kulit membekalkan lebih banyak kalium berbanding pisang, dan tidak mengandungi lemak, garam dan kolesterol. Kentang ialah makanan terbaik untuk membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf dalam acara yang memerlukan daya tahan tinggi.
  • 30% nilai Vitamin C harian – Kentang merupakan sumber Vitamin C yang baik, untuk membantu menguatkan sistem imun dan menghasilkan kolagen (sejenis tisu otot yang penting).
  • 3 gram protein berasaskan tumbuhan – Protein ialah komponen otot dan nutrien penting bagi meningkatkan prestasi.
  • 2 gram serat (7% nilai harian) – Serat membantu mengawal glukosa darah dan meningkatkan kepuasan (rasa kenyang), iaitu kita rasa kenyang lebih lama.
  • 110 Kalori untuk Tenaga – Lebih mudah dihadamkan dan lebih padat dengan tenaga berbanding sayur popular lain, kentang adalah pilihan yang baik untuk membekalkan tenaga dalam acara maraton.

Comments

Popular posts from this blog

PUBG MOBILE CAMPUS CHAMPIONSHIP 2022 KINI KEMBALI! PELUANG TERAKHIR KE PMNC 2022!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3