SOOKA MELANCARKAN KISAH CINTA REMAJA “KAU VS AKU” YANG DIINSPIRASIKAN WEBNOVEL WATTPAD & MENAMPILKAN PUBG MOBILE


sooka meneruskan komitmennya dalam menghasilkan kandungan hiperlokal dengan memperkenalkan siri baharu Kau vs Aku bersama Wattpad WEBTOON Studios, iaitu cabang penerbitan dan hiburan global yang dipacu oleh peminat untuk WEBTOON dan Wattpad.

Diinspirasikan webnovel Wattpad popular hasil sentuhan penulis, Nurul Husnina Binti Mockthar (@Shieyruna), siri Originals sooka ketiga ini juga akan menampilkan integrasi PUBG MOBILE dalam plot kisah cintanya dan boleh ditonton di sooka bermula pada 19 Ogos 2022.

“Sejak mula lagi, sasaran sooka adalah untuk menyediakan hiburan tempatan terbaik yang menarik minat generasi milenial. Setelah mendapat maklum balas positif daripada dua siri Originals kami, kami mendapat inspirasi untuk mengatur lebih banyak kandungan, yang membawa kepada Kau vs Aku untuk memenuhi selera penggemar permainan atas talian, penulis novel dan remaja di Malaysia. Tahun ini kami mensasarkan untuk menghasilkan lebih 20 hasil karya sooka Originals, dan beberapa kandungan tersebut sedia untuk menemui audiens dalam beberapa bulan yang akan datang. Ini sebahagian daripada janji kami untuk terus bekerja bersama pencipta kandungan dan syarikat produksi terbaik industri bagi menyiarkan lebih banyak kandungan hiperlokal yang relevan untuk hiburan penonton kami,” kata Emarina Mohd Kamal, Ketua Rancangan di sooka.


Kolaborasi dengan Wattpad dan PUBG MOBILE

Siri Originals Kau vs Aku juga menandakan pencapaian baharu sooka dalam bentuk kerjasama dengan Wattpad yang benar-benar selari dan memenuhi selera generasi muda Malaysia. Webnovel Wattpad Kau vs Aku yang asal mencatatkan lebih 2 juta bacaan dan memenangi pertandingan Wattys 2017, iaitu anugerah yang mengiktiraf cerita terbaik di platform itu. Produksi baharu ini akan membolehkan Wattpad WEBTOON Studios untuk terus berinteraksi bersama komuniti tempatan Wattpad yang terdiri daripada lebih 1.4 juta orang di Malaysia. PUBG MOBILE, permainan atas talian battle royale yang tidak perlu diperkenalkan lagi, yang dipaparkan sebagai penggalak berputiknya cinta antara dua watak Kau vs Aku.



Memperkenalkan Adaptasi Wattpad Pertama sooka

Kau vs Aku dibawakan oleh tiga pengarah yang disegani ramai, Shamyl Othman (pengarah Ex Aku Pontianak dan Gantung), Megat Shahrizal (pengarah Jibril) dan Siti Afizah (pengarah Sa-balik Baju) dan menampilkan barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Dini Schatzmann, Shasha Abedul, Mia Sara Shauki, Chubb-E dan Atikah Suhaime. Ia memaparkan kisah cinta penulis berbakat berusia 16 tahun yang hidupnya menjadi huru-hara apabila remaja popular di Instagram yang diminatinya, berpindah ke sekolahnya.

“Kami teruja dapat menjalin kerjasama dengan sooka dan diharap, Kau vs Aku akan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak adaptasi webnovel Wattpad untuk diusahakan bersama. Kandungan dan barisan hebat pencipta kandungan di Wattpad dan WEBTOON menyemarakkan lagi revolusi di dalam IP dan hiburan di peringkat antarabangsa, jadi kami sangat teruja untuk membawa projek ini ke dunia hiburan tempatan Malaysia. Pencipta kandungan di platform kami adalah antara yang paling memberi inspirasi di dunia, dan kami tidak sabar untuk membolehkan mereka dan para peminat melihat cerita kegemaran mereka dibawa ke skrin,” kata Dexter Ong, Pengarah Urusan, Ketua Interim dan Antarabangsa untuk Kandungan & Pencipta di Wattpad WEBTOON Studios.

“Winner Winner Chicken Dinner!”

Satu lagi aspek menarik tentang Kau vs Aku ialah integrasi dengan PUBG MOBILE, permainan atas talian battle royale yang popular. PUBG MOBILE diselitkan ke dalam siri ini sebagai faktor pendorong berputiknya cinta antara dua watak kedua utama Kau vs Aku, yang dimainkan oleh Chubb-E dan Mia Sara Shauki.

Mengenai kerjasama berkenaan, Eugene Chin, Pengurus Negara Tencent Games Malaysia berkata: “Kami teruja untuk bergandingan dengan sooka melalui integrasi perkongsian jenama ini dalam produksi siri Originals terbaharu mereka Kau vs Aku. PUBG MOBILE menyatukan peminat dan menjalinkan persahabatan melalui permainan ini. Kami berharap Kau vs Aku dapat menginspirasi dan menggalakkan belia Malaysia untuk memperluaskan lingkungan sosial mereka serta berhubung dengan peminat PUBG MOBILE lain di dalam dan di luar negara yang berkongsi keghairahan dan minat yang sama.”

Emarina menambah: “Sebagai platform hiburan yang menawarkan koleksi kandungan untuk golongan milenial Malaysia, amat penting untuk kami memanfaatkan trend dan idea yang menarik minat mereka. Kami berharap melalui kerjasama strategik dengan Wattpad dan PUBG MOBILE, kami akan dapat memperluaskan jangkauan kami – kali ini, untuk menarik pembaca sosial, penulis dan komuniti permainan dalam talian.”

Dihasilkan melalui jalinan kerjasama dengan syarikat produksi tempatan, Redcom, lapan episod Kau vs Aku akan ditayangkan eksklusif di sooka dan episod pertamanya ditawarkan secara PERCUMA mulai 19 Ogos 2022. Penonton boleh mengikuti episod seterusnya dengan melanggan pelan langganan mudah alih sooka - pelan VIP Entertainment pada harga RM15.90/bulan, atau pelan VIP TV pada harga RM42.50 sebulan* untuk pengalaman menonton konten tersebut di skrin TV.

Untuk menikmati sooka dan menonton aksi sukan kegemaran SECARA LANGSUNG dan kandungan hiburan tempatan terbaik di peranti mudah alih dan TV Pintar anda bersama yang tersayang, muat turun aplikasi sooka dari Apple Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih) dan aplikasi store Samsung, LG, Sharp dan Sony (untuk VIP TV). Semua pelan langganan sooka tidak terikat dengan kontrak dan tanpa komitmen.

Untuk makluman dan promosi terkini, jangan lupa mengikuti sooka di Facebook (sooka Malaysia) dan Instagram di (@sookamalaysia), atau kunjungi sooka.my.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO