MASAK APA TU? DAN 5 RENCAH 5 RASA KINI KEMBALI MENEMANI ANDA DENGAN RESIPI-RESEPI YANG MENARIK!
Program masakan popular kesukaan ramai kini kembali untuk menemani hari minggu anda iaitu Masak Apa Tu? dan 5 Rencah 5 Rasa. Sudah tentu ramai yang tidak sabar untuk mempelajari dan mencuba resepi baharu dengan Cef Sherson Lian di 5 Rencah 5 Rasa serta menyaksikan telatah bersahaja selebriti-selebriti tanah air memasak untuk pasangan mereka di Masak Apa Tu?
Masak Apa Tu? telah mula menemui penonton TV3 bermula 29 Ogos 2022, pada setiap hari Isnin, pukul 11.30 pagi. Ia menampilkan 13 pasangan selebriti menunjukkan skil menyediakan masakan kegemaran mereka yang akan dinilai oleh juri jemputan pada setiap episod. Antara selebriti-selebriti bersama pasangan mereka yang bakal memeriahkan program ini ialah Ropie (Pak Kodi), Aepul Roza & Leez, Lan Solo, Kaka Azraff, Zaim, Shahrul Kamal, Azzam Sham, Riz Amin, Aprena Manrose, Zalif Sidek, Akhmal Nazri, Fiza Thomas dan Aizat Amdan.
Selain menunjukkan skil masakan mereka, selebriti jemputan di program Masak Apa Tu? juga diuji minda dan fizikal menerusi beberapa permainan yang menyeronokkan. Adakah pasangan selebriti ini betul-betul mengenali pasangan masing-masing menerusi sesi soal jawab? Pastikan anda menontonnya untuk mengetahui jawapan itu. Juri yang akan mengadili masakan untuk musim ini ialah Cef Brian dan Bell Ngasri.
5 Rencah 5 Rasa pula ialah sebuah program masakan popular yang diterajui oleh Cef selebriti Sherson Lian dan ia akan menemani hari anda bermula dari 6 September pada setiap Selasa, pada pukul 11.30 pagi. 5 Rencah 5 Rasa kini kembali dengan resepi-resepi dari setiap negeri yang popular dan sedap, sudah semestinya penonton setia tidak sabar untuk menonton dan mencuba resepi baharu yang akan diutarakan.
Seperti musim-musim sebelum ini, Cef Sherson akan berkongsi 5 resepi bertema yang ringkas, mudah, lazat dan juga tips menarik di setiap episod. Nantikan juga kelas memasak virtual bersama peniaga online dalam mempelajari resepi pencuci mulut.
Jangan lupa saksikan musim baharu Masak Apa Tu? pada setiap Isnin, pukul 11.30 pagi dan 5 Rencah 5 Rasa pada setiap Selasa, pukul 11.30 pagi dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my Untuk mendapatkan info terkini tentang program TV3, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.
Comments
Post a Comment