RASUK - FILEM SERAM ZOMBIE DENGAN SENTUHAN MISTIK


Filem Rasuk ini diarahkan oleh pengarah yang telah memenangi beberapa anugerah antarabangsa iaitu James Lee dan barisan pelakon tanahair seperti Alif Satar, Ikmal Amry, Elisya Sandha, Taufiq Hanafi, Ayie Floor 88, Alicia Amin, Atiq Azman, Abbas Mahmood dan Syazwan Razak.


Rasuk diterbitkan oleh Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro dan SixFun Media. Filem ini mengisahkan tentang seorang guru yang terpaksa kembali bekerja walaupun dia masih trauma dengan tragedi yang telah berlaku terhadapnya. Oleh kerana sudah bermula cuti penggal, lima pelajar pergi berkelah di tepi sungai. Salah seorang daripada mereka telah terjumpa botol misteri dan membukanya. Keadaan menjadi huru-hara apabila seorang demi seorang daripada pelajar yang masih ada di asrama telah dirasuk. Untuk hidup, mereka perlu bertahan dan ada yang perlu berkorban.


Filem Rasuk tidak mengambil pendekatan biasa filem zombie yang kerap kali disebabkan oleh jangkitan virus. Filem ini diolah agar ia menjadi lebih bersesuaian dengan budaya kita. Mengambil inspirasi daripada kejadian histeria yang sering melanda asrama, filem ini menggambarkan pelajar yang kerasukan menjadi ganas dan buas.


Rasuk bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 29 September 2022. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman sosial di https://www.gscmovies.com.my/rasuk

Comments

Popular posts from this blog

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

REVIEW: SAMBAL SIGNATURE CHEF WAN YANG MENGGELETEK LIDAH

SETIA AWAN JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JENAMA RUNCIT SERTA MAKANAN & MINUMAN TERKEMUKA SEMPENA PELANCARAN PUSAT MEMBELI-BELAH KOMUNITI PERTAMA DI BUKIT AMPANG PERMAI