ADIDAS MENGHIMPUN KARYAWAN TEMPATAN UNTUK MENJAYAKAN INISIATIF ASIA TENGGARA-ASIA PERTAMANYA - THE ADIDAS ORIGINALS NMD CYPHER

 

Pada tahun 2015, adidas Originals melancarkan koleksi siluet merintis laluan, NMD (Nomad), diinspirasikan daripada arkib tersendiri jenama dalam mewujudkan rekaan kasut yang telah membawa pembaharuan dalam dunia sneaker pada masa itu.

Enam tahun kemudian, koleksi Trefoil kembali dengan rekaan yang memperbaharui gaya inovasi cutting edge terdahulu, pada masa sama menyerlahkan pemikiran bebas yang sememangnya terserlah dalam NMD V3.

Khusus bagi mereka yang menghormati rekaan terdahulu tetapi pada masa sama turut mengikuti perubahan semasa, siluet terkini dalam siri keluarga NMD berdiri bangga sebagai ikon untuk pengembara yang berani melangkah ke masa depan. Dengan semangat membara untuk mencarta masa depan, pelancaran NMD V3 di Asia Tenggara akan diikuti dengan satu inisiatif serantau yang pertama seumpamanya yang meraikan semangat trailblazer moden dan yang terdahulu menerusi adidas Originals NMD Cypher.


Di Malaysia, adidas akan bekerjasama dengan 3 artis tempatan untuk menghasilkan satu lagu unik bagi meraikan siri terkini ini.

‘Cypher’ memberi maksud ahli-ahli rap, beatbox, dan/atau breakers yang berkumpul dalam satu bulatan dan sama-sama menghasilkan muzik spontan yang menarik perhatian.

Sebagai menghormati warisan mendalam adidas Originals dalam arena hip-hop, pasukan adidas telah mewujudkan NMD Cyphers bagi menyerlahkan kisah kempen, pada masa sama mengetengahkan karyawan-karyawan yang berperanan sebagai wajah NMD V3 dalam cara yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Di Malaysia, adidas Cyphers terdiri daripada bakat-bakat muda iaitu Airliftz, Hullera dan A-KID. Rekaan NMD V3 terus mengekalkan semangat kreatifnya dan ini diserlahkan menerusi gaya dan kepakaran prodigi hip-hop muda yang terpanggil untuk menceritakan kisah mereka menerusi muzik.

Diinspirasi dan diperkasakan oleh zaman lalu, adidas NMD tidak sabar untuk meneroka masa depan baru yang sentiasa berubah-ubah bagi mereka yang aktif.

Dalam memilih untuk bekerjasama dengan bakat-bakat muda tempatan, adidas mengutamakan pencipta yang menunjukkan semangat trailblazer. Ketiga-tiga cypher dari Malaysia ini bermula daripada peringkat bawah.

Kerjaya Airliftz bermula di biliknya, yang mana beliau berkongsi karya muzik yang dihasilkan di platform soundcloud and Twitter. Sejak itu, namanya kian dikenali sebagai seorang artis yang melepasi jangkaan dan had. Malah, Airliftz tidak pernah berputus asa dalam mencapai impiannya. Pada usia 24 tahun, beliau telah menerbitkan beberapa single, EP penuh dan mengadakan satu siri kembara Asia.

Hullera dan A-KID, yang merupakan sebahagian lain daripada crypher Malaysia, juga telah bermula daripada peringkat bawah dan kini telah menjadi contoh yang memberi inspirasi kepada individu lain untuk merintis laluan kehidupan mereka yang tersendiri.

A-KID menemui kecintaan kepada muzik apabila membeli gitar pertamanya pada usia 15 tahun dan sejak dari haritu, telah mula mencipta namanya dalam arena muzik. Sementara Hullera pula telah menempa nama menerusi satu stesen penyiaran muzik Hip Hop tempatan. Dari situ, popularitinya terus meningkat terutamanya menerusi gaya, personaliti dan bakat yang dimiliki.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan lagu eksklusif mereka di bawah:



Siluet terbaharu dalam keluarga NMD ini terus mengekalkan semangat yang telah menjadikannya tumpuan ramai tujuh tahun lalu, pada masa sama membawa pembaharuan yang akan memberi inspirasi kepada generasi nomad yang baru. Mendapatkan petunjuk daripada arkib adidas, NMD V3 mengekalkan beberapa ciri-ciri utama yang menjadikan siri NMD sebagai pilihan penerokaan urban termasuk TPU Encapsulated Boost dan Co-Molded TPU Plugs yang ikonik.

Dengan generasi baharu penduduk bandar semakin bertambah, Semangat Nomad kian memenuhi ruang di Kuala Lumpur. Dengan ibu kota ini terus diinspirasikan oleh kisah silam, semakin banyak kawasan-kawasan seni, budaya, fesyen dan menjamu selera baharu wujud yang menjadi tumpuan ramai.

Disebabkan itu, sebagai tambahan kepada inisiatif Cypher, adidas juga telah bekerjasama dengan beberapa karyawan Malaysia untuk mempamerkan satu siri gambar yang memaparkan siluet terbaharu NMD V3. Dirakamkan di Kuala Lumpur, gambar-gambar ini mempamerkan hasil karya beberapa pencipta yang menjelmakan semangat nomad dan menggayakan NMD V3 dalam cara mereka tersendiri untuk menjelajah bandar ini.


Rekaan NMD V3 kini boleh didapati di semua rangkaian adidas Originals. Anda boleh menyaksikan video eksklusif adidas NMD Cypher mulai 23 September 2022. Kini adalah masanya untuk merintis laluan baharu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.adidas.com.my/ atau ikuti adidas Malaysia di https://www.facebook.com/adidasMY/ atau https://www.instagram.com/adidasmy/. 


Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!