TAMBAHKAN U.S. HIGHBUSH BLUEBERRIES YANG ENAK DAN BERKHASIAT KE DALAM HIDANGAN ANDA!


Blueberry adalah sejenis superfood yang kaya dengan sumber serat, vitamin C, vitamin K, dan manganese. Ia juga mengandungi sejenis flavonoid yang dinamakan anthocyanin, yang mempunyai ciri-ciri antioksidan yang boleh menguatkan sistem imunisasi badan. 

Musim blueberry pada biasanya akan bermula dari bulan April sehingga September. Bagi menandakan kemuncak musim blueberry, kempen ‘Boost of Blue’ ctelah dilancarkan oleh U.S. Highbush Blueberries Council baru-baru ini


Kempen ‘Boost of Blue’ bermatlamat untuk mengetengahkan blueberry sebagai makanan yang menyihatkan dan memberi inspirasi kepada orang ramai tentang cara untuk menggunakan blueberry dalam hidangan mereka serta mempromosi U.S. Highbush Blueberries yang enak.

Blueberry, sejenis tanaman yang berasal dari Amerika Utara, telah menjadi sebahagian makanan penduduk di sini sejak 13,000 tahun yang lalu. Ladang highbush blueberry telah diusahakan secara komersial di awal tahun 1900-an. Hari ini, penanam U.S. Highbush menghasilkan kira-kira 1 bilion pound blueberry di Amerika Utara setiap tahun.

Selain daripada rasa yang manis dan eank, blueberry mengandungi zat fosforus (2% daripada keperluan harian), kalsium (15%), dan manganese (20%). Ia boleh dimakan begitu sahaja atau digunakan di dalam pelbagai hidangan. Segar atau dibekukan, blueberry mengekalkan khasiatnya. Ia mudah untuk dimakan kerana ia tidap perlu dikupas, dipotong atau dibuang bijinya.


Terdapat pelbagai cara untuk menikmati blueberry. Ia boleh ditambahkan ke dalam sajian pembuka selera, minuman, hidangan utama dan juga pencuci mulut, untuk sarapan pagi, makan tengah hari ataupun makan malam. Ia juga enak dimakan begitu sahaja sebagai snek.

U.S Highbush Blueberries merupakan salah sejenis blueberry yang paling baik di dunia. Bukan sahaja sarat dengan khasiat yang diperlukan oleh badan, tetapi ia juga mudah untuk dimakan oleh semua peringkat umur.


Dapatkan U.S. Highbush Blueberries hari ini di AEON, Jaya Grocer, atau TF Value untuk menikmati kebaikan buah yang enak dan berkhasiat ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.blueberrycouncil.org/ dan juga ikuti laman Facebook: U.S. Highbush Blueberries Malaysia or Instagram: [@] us.highbushblueberries.my.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!