ADIDAS LANCAR PROGRAM GANJARAN KEAHLIAN BAHARU, ADICLUB


Para penggemar sukan di Malaysia pastinya teruja dengan pelancaran adiClub, sebuah program ganjaran keahlian baharu yang dicipta untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lebih menarik bersama adidas. 

Dengan pelancaran adiClub, adidas mengalu-alukan kehadiran para pelanggan ke sebuah komuniti yang sentiasa mendapat faedah keahlian eksklusif apabila mereka membeli produk adidas, menjejaki kemajuan mereka dengan aplikasi adidas dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang dihoskan oleh adidas.


Di majlis pelancaran rasmi adiClub di adidas Brand Center Sunway Pyramid, adidas telah mendemonstrasikan cara ahli adiClub dapat mengumpul mata ganjaran dengan melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti jemputan eksklusif untuk ahli ke majlis anjuran adidas, berlari, ping pong, tinju, bola keranjang dan berbasikal. 


Dengan mengambil bahagian dalam aktiviti sukan, para tetamu dapat menebus baucar di penghujung acara, seperti mana ahli adiClub dapat menebus ganjaran yang ditetapkan dalam program keahlian tersebut.

Pendaftaran untuk adiClub adalah percuma, dengan faedah Tahap 1, sebaik sahaja ahli selesai mendaftar. Para ahli juga dapat berpeluang untuk menerima pelbagai ganjaran dengan mengumpul mata untuk ke tiga tahap seterusnya. 


Antara ganjaran yang menanti para ahli adalah akses premium untuk aplikasi berlari adidas, akses awal untuk membeli produk baharu, seminggu sebelum hari pelancaran dan produk eksklusif kepada ahli untuk 30 hari bagi pelancaran produk yang terpilih. 

Di samping itu juga, para ahli boleh memperolehi pengalaman yang belum pernah dialami dengan “Golden Tickets”.


Untuk maklumat lanjut tentang adiClub dan berita terkini, sila layari:

Laman web rasmi: www.adidas.com.my
Facebook: www.facebook.com/adidasMY
Instagram: @adidasMY
Tanda pagar rasmi: #adidasMY

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA