KEKUATAN ANTAGONIS JULANG ‘ISTERI HALAL’ MENERUSI TAYANGAN PERDANA SLOT TIARA DI ASTRO RIA


Luluh diri apabila diduakan, apatah lagi jika diduakan dengan sahabat baik sendiri. Begitulah nadi penceritaan ‘Isteri Halal’ yang memaparkan pendustaan dalam mahligai perkahwinan serta rahsia silam antara dua keluarga. Penceritaan sepanjang 60 episod ini menceritakan kisah percintaan Adellea dengan Zayn yang ditentang oleh ibu bapa Adellea berdasarkan jurang harta dan kekayaan. 

Demi cintanya, Adellea sanggup meninggalkan kemewahan hidupnya dan mengkhianati pilihan keluarganya untuk melayari bahtera perkahwinan dengan jejaka miskin yang tidak mempunyai status sosial yang tinggi.


Namun tragedi menimpa apabila bapanya jatuh sakit dan memerlukan perhatian. Nekad untuk menebus kesalahannya, Adellea kembali ke pangkuan keluarganya bersama-sama suaminya. Namun kepulangan Adellea mengundang seribu satu dugaan termasuk kancah pendustaan yang terjadi di antara suaminya dengan sahabat baiknya, Eyra yang menyimpan perasaan cinta terhadap Zayn selama ini. Situasi menjadi lebih tegang dengan hadirnya Daniel.

Dengan pelbagai dugaan mendatang, mampukah Adellea mengharungi segalanya dan menyelamat perkahwinan yang telah menjadi nadi hidupnya buat sekian lama?


Di bawah arahan pengarah berkredibel, Uchee Fukada serta terbitan Radius One, drama yang penuh dengan saspens dan permainan emosi ini dibintangi Uqasha Senrose sebagai Eyra, Aidit Noh sebagai Zayn, Nazim Othman sebagai Daniel dan Isyariana Che Azmi sebagai Adellea.


Keistimewaan drama kali ini memaparkan watak antagonis dibawa oleh pelakon jelita Uqasha Senrose yang jarang sekali dibawanya dalam drama-drama rantaian. Nazim Othman pula menambahkan kehangatan naratif ‘Isteri Halal’ dengan watak lelaki yang dipenuhi dengan hasad dengki dan cemburu.


SINOPSIS

Adellea merupakan anak perempuan Tuan Aziz, seorang usahawan yang berjaya. Harapan Tuan Aziz untuk mengahwinkan anaknya dengan calon pilihannya musnah apabila Adellea membawa pulang calon pilihannya; Zayn, seorang lelaki dari keluarga miskin. 

Penyatuan yang mendapat tegahan keluarga Adellea ini membawa kepada kedua-dua mereka melarikan diri untuk mendirikan rumah tangga bersama, sekaligus terputus hubungan Adellea dengan keluarganya. 

Setelah sekian lama berjauhan, Adellea dan Zayn pulang apabila berita tentang keuzuran Aziz kedengaran. Adellea berazam untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada Aziz. 

Zayn pula semakin terabai apabila isterinya jarang bersamanya, ini membuka peluang pada Eyra – kawan baik Adellea sendiri – untuk mendekatkan diri dengan Zayn. Tindakan mereka membuatkan mereka tewas pada godaan, dan kini terjerumus dalam kancah selingkuh.


‘Isteri Halal’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 27 Februari 2023, jam 6.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. 

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO