FILEM ‘ANWAR, THE UNTOLD STORY’ BAKAL MENEMUI ANDA DI PAWAGAM BULAN MEI INI


Filem 'ANWAR, The Untold Story' yang dinanti-nantikan akan muncul di layar perak seluruh negara mulai 11 Mei 2023. Pengumuman itu dibuat pada majlis pelancaran filem tersebut yang berlangsung di W Hotel baru-baru ini.

Majlis pelancaran dan sidang media itu telah dihadiri Pengarah, Viva Westi; Pencrbit Eksekutif, Zulkiflee Anwar Haque yang lebih dikenali sebagai Zunar, serta Pelakon, Farid Kamil dan Hasnul Rahmat yang masing-masing memainkan watak Anwar dan Dr Mahathir Mohamad. Pelakon Indonesia, Acha Septriasa yang melakonkan watak Dr Wan Azizah turut menyertai sidang media secara maya dari Sydney, Australia


Filem 'ANWAR, The Untold Story' keluaran Bianglala Entertainment berlatar antara tahun 1993 dan 1998. Diolah dari kisah benar, alur ceritanya adalah mengenai sikap Anwar yang tegas dan konsisten menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari pihak-pihak tertentu ketika berada dalam kerajaan.

Kerana itu beliau difitnah dengan sebuah konspirasi besar, dipecat, dipukul secara brutal dalam penjara dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari. 

Dari seorang menteri kewangan berwibawa yang berjaya membebaskan Malaysia dari belenggu hutang, akhirnya merengkok di penjara.


Dalam majlis yang sama, Rakyat Media Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengedar rasmi filem tersebut dan dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha promosi dan pemasaran filem tersebut bagi pasaran tempatan menerusi kempen media sosial, pengiklanan luar dan kegiatan lain.

Filem ini akan ditayangkan di lebih seratus panggung wayang tempatan termasuk Dadi Cinema, GSC, TGV Cinemas dan MBO Cinemas, malah sasar meraih kutipan jualan tiket sehingga RM100 juta. Rakyat Media Sdn Bhd turut berusaha membawakan karya ini ke luar Malaysia termasuk Singapura, Brunei dan lain-lain.

Sebelum filem ini bertemu khalayak ramai, pelbagai acara bakal diadakan yang dimulakan dengan acara Suara Raya bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai tetamu khas pada 28 April di Zepp Kuala Lumpur. Barisan penyanyi terdiri daripada Ning Baizura, Aina Abdul dan Ernie Zakri.


Pada 8 Mei, Tayangan Perdana Karpet Merah akan berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur yang datan dengan penyampaian ucapan khas oleh watak utama filem ini yang juga Perdana Menteri. Sebuah tayangan khas untuk kebajikan akan diadakan pada 9 Mei.

Pada hari sebelum tayangannya iaitu 10 Mei, sebuah jamuan kebajikan akan mengambil tempat di PWTC yang menampilkan warisan budaya Malaysia iaitu ngajat, joget, mak yong, wayang kulit dan lain-lain.


Jangan lupa membuat janji temu dengan 'Anwar' di pawagam pada bulan Mei nanti!

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://anwartheuntoldstory.com.my/.


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!