JACKIE CHAN KEMBALI KE LAYAR PERAK DENGAN FILEM AKSI KOMEDI ‘RIDE ON’ PADA APRIL INI


Berita baik buat para peminat pelakon berstatus legenda, Jackie Chan! Filem aksi komedi Jackie Chan ‘RIDE ON’ akan mula ditayangkan di pawagam pada 13 April 2023. ‘RIDE ON’ ialah filem terbaru Jackie Chan selepas hampir 3 tahun tidak muncul di layar perak. ‘RIDE ON’ ditulis dan diarahkan oleh Larry Yang, menggabungkan minatnya terhadap kuda dengan aksi.

‘RIDE ON’ mengisahkan tentang kisah hidup seorang pelakon lagak ngeri bernama Luo (Jackie Chan) yang tinggal bersama kuda kesayangannya ‘Red Hare’. 

Disebabkan kemelut hutang, Luo mungkin kehilangan ‘Red Hare’ akibat dilelong. Bagi menyelamatkan ‘Red Hare’, Luo meminta bantuan daripada anak perempuannya Bao (Liu Haocun) dan teman lelakinya Mickey (Kevin Guo). 

Dalam filem ini, Jackie Chan melakonkan watak yang berbeza daripada filem-filemnya yang lalu. Selain menjadi pelakon aksi lagak ngeri, Luo juga mempunyai persahabatan istimewa dengan ‘Red Hare’ yang menyentuh hati. 

Filem ‘RIDE ON’ dibawakan oleh Pemegang Hak Pengedaran Malaysia, Shanghai Pictures Sdn. Bhd. dan diedarkan di Malaysia oleh Lotus Five Star dengan rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing. 

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM